MASALAH GURU DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN

MATA PELAJARAN KBSM
 

Zuber B. Hj. Hassan

Unit Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
 

Abstrak

Kajian ini bertujuan mendedahkan masalah guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Aspek kajian termasuk memahami huraian sukatan pelajaran, memilih isi kandungan, kaedah pengajaran, menentukan aktiviti pembelajaran, penyediaan bahan bantu mengajar, penggunaan buku teks, merancang rancangan pelajaran, penilaian dan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Pembolehubah yang diuji ialah pengalaman mengajar guru, kelayakan ikhtisas dan kekerapan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 306 guru daripada sekolah menengah Selangor Darul Ehsan diminta menjawab soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan mengira kekerapan dan peratusan. Selain itu Ujian Khi Kuasadua digunakan untuk kesignifikanan hubungan antara pembolehubah berkenaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penyediaan bahan bantu mengajar, menentukan aktiviti pembelajaran pelajar dan merancang kaedah pengajaran merupakan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Sementara itu, hasil ujian Khi Kuasadua pula menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara masalah pengajaran guru dalam melaksanakan mata pelajaran KBSM dengan pengalaman mengajar guru, kelayakan ikhtisas dan kekerapan menghadiri KDP.

 

Latar belakang kajian

Penyelidikan tentang masalah pengajaran mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dari persepsi guru telah dimulakan beberapa tahun yang lalu oleh Fowzia (1991), Nik Aziz dan Ng See Ngean (1992), Bhawani (1992), Ab. Ghani (1993), Mohd Nor (1994), Sharifah dan Zaidatol (1994), Hamidah (1995) dan Zainun (1995). Kajian-kajian tersebut mendapati masalah pengajaran mata pelajaran KBSM dikategorikan dalam 5 aspek, iaitu :


    Pengajaran adalah aspek yang penting dalam pendidikan. Menurut Smith (1960) dan Cornell (1991) pengajaran adalah satu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar. Manakala Battle dan Shannon (1978) pula berpendapat pengajaran merupakan proses penyampaian idea yang membantu pelajar mengubah tingkah laku dengan cara sedar ke arah tujuan dan matlamat pendidikan.
    Dalam konteks ini, jelas bahawa pengajaran seharusnya mempunyai aktiviti yang dilakukan oleh guru. Aktiviti yang dilakukan tersebut mempunyai kaitan dengan tujuan, matlamat, isi kandungan, indoktrinasi dan kaedah pengajaran (Robertson, 1988) yang menghasilkan pembelajaran (Gagne, 1995) dan perubahan kebolehan pelajar (Sharifah, 1984).


Tujuan kajian
 

Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah-masalah guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM di sekolah menengah di negeri Selangor Darul Ehsan. Selain daripada itu, ia juga meneliti hubungan di antara kelulusan ikhtisas, pengalaman mengajar dan kekerapan mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) dengan masalah melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM di kalangan guru-guru yang dikaji.


Soalan kajian
 

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan yang berikut :
Definisi istilah
 

Kelulusan ikhtisas guru

Dalam kajian ini kelulusan ikhtisas guru dibahagikan kepada dua jenis iaitu diploma pendidikan dan sijil perguruan. Diploma pendidikan dianugerahkan kepada peserta kursus yang memiliki ijazah setelah berjaya menjalani latihan perguruan di universiti atau maktab perguruan. Manakala, sijil perguruan adalah kelulusan ikhtisas yang dimiliki oleh guru-guru bukan siswazah yang menjalani latihan perguruan asas di institut/maktab. Pengalaman mengajar guru Dalam kajian ini, pengalaman mengajar merujuk kepada tempoh guru berkhidmat di sekolah. Mereka yang berkhidmat di antara 1 - 5 tahun dianggap sebagai kumpulan guru yang kurang berpengalaman. Manakala guru yang berkhidmat melebihi 5 tahun ke atas dianggap guru yang berpengalaman. Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, institut/maktab perguruan dan agensi-agensi lain dalam Kementerian Pendidikan Malaysia untuk peningkatan profesionalisme guru. Guru yang kerap menghadiri KDP bermakna mereka yang pernah mengikutinya lebih daripada lima kali dalam setahun. Sebaliknya, guru yang kurang kerap menghadiri KDP ialah mereka yang menghadirinya kurang daripada lima kali dalam setahun.
 
METOD


Kajian ini dijalankan dengan mengggunakan kaedah tinjauan (survey method of research). Kaedah ini digunakan kerana membolehkan penyelidik memahami keseluruhan skop kajian dengan sampel yang kecil serta dapat mengukur pendapat, sikap dan tingkah laku responden (Fox, 1986).


Persampelan
 

Sampel terdiri daripada 306 guru yang sedang mengajar dalam pelbagai tingkatan di beberapa buah sekolah di daerah Selangor Darul Ehsan. Penyebaran sampel mengikut bangsa mencerminkan komposisi kaum di Malaysia, iaitu 68% Melayu, 23% Cina dan 8% India. 33% daripada sampel adalah guru lelaki berbanding 66.3% adalah guru perempuan.

 

Jadual 1 : Penyebaran sampel mengikut bangsa dan jantina

Bangsa
Bil
Peratus
Jantina
Bil
Peratus

 

Melayu

Cina

India

208

71

27

 

68

23

8

Lelaki

Perempuan

103

203

33.7

66.3

Jumlah
306
100
Jumlah
306
100

Alat kajian
 

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set soal selidik yang mengandungi 11 pernyataan masalah meliputi aspek huraian sukatan pelajaran, memilih isi kandungan, kaedah pengajaran, menentukan aktiviti pembelajaran, penyediaan bahan bantu mengajar, penggunaan buku teks, merancang rancangan pelajaran, penyediaan soalan ujian dan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.

Manakala data demografi guru yang terdiri daripada jantina, umur, ras, kelulusan tertinggi (akademik), kelulusan ikhtisas, pengalaman mengajar dan kekerapan menghadiri KDP juga dikumpul menerusi alat kajian ini.

Item soalan dalam demografi guru menggunakan skala ordinal dan nominal. Sementara itu, item dalam senarai aspek-aspek pelaksanaan pengajaran mata pelajaran KBSM pula berbentuk skala Likert 4 mata. Skala ini mempunyai nilai 1 hingga 4 di mana 1 bererti " tidak bermasalah " dan 4 bererti " amat bermasalah ".

Analisis data
 
Sejumlah 306 soal selidik telah berjaya dikumpul dan dianalisis. Data telah dianalisis dengan menggunakan program SPSSPC Win Versi 6. Kaedah analisis tertumpu kepada penggunaan statistik deskriptif iaitu kekerapan dan peratusan. Manakala Ujian Khi kuasadua (Chi-square) digunakan untuk melihat perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah ujian.
 

KEPUTUSAN KAJIAN

Masalah Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran Mata Pelajaran KBSM
 

Untuk mengetahui masalah-masalah dalam melaksanakan pengajaran KBSM oleh para guru maka satu senarai telah dikemukakan kepada mereka. Para responden diminta menentukan aspek-aspek pengajaran mata pelajaran KBSM yang difikirkan menjadi masalah kepada mereka. Jawapan yang diterima daripada responden dapat dirumuskan dalam Jadual 2.

Jadual 2 menunjukkan masalah guru dalam melaksanakan pengajaran dalam mata pelajaran KBSM. Maklumat yang didapati dari jadual tersebut menunjukkan tiga masalah utama yang serius dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Masalah-masalah tersebut ialah menyediakan bahan bantu mengajar 75.8% (232), menentukan aktiviti pembelajaran pelajaran murid 65.3% (200) dan merancang kaedah pengajaran 60.1% (184).

Seterusnya, dua masalah lagi yang dihadapi oleh responden adalah menyediakan soalan ujian dan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Sementara itu, masalah-masalah lain walaupun rendah dari segi peratusannya namun wajar diberi perhatian ialah memahami keseluruhan sukatan pelajaran 46.1% (141), merancang rancangan pelajaran harian 41.2% (126), menggunakan buku teks 42.5% (130) dan memahami huraian sukatan mata pelajaran yanh diajar. Secara keseluruhan, analisis data memperlihatkan lebih 40% responden menghadapi masalah dalam kesemua 11 aspek pengajaran dalam KBSM yang disenaraikan dalam Jadual 2.

Jadual 2     ;Masalah Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran Mata Pelajaran KBSM


Perkara
Tidak 

Bermasalah

 

Bermasalah

 

Menyediakan bahan bantu mengajar
24.2

(74)

75.8

(232)

Menentukan aktiviti pembelajaran murid
34.6

(106)

65.3

(200)

Merancang kaedah pengajaran
39.9

(122)

60.1

(184)

Menyediakan soalan peperiksaan
49.3

(151)

50.7

(155)

Menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran
47.4

(145)

50.7

(155)

Merancang rancangan pelajaran seminggu
53.9

(165)

46.1

(141)

Memahami keseluruhan sukatan pelajaran yang diajar
55.6

(170)

44.4

(136)

Menggunakan buku teks
57.5

(176)

42.5

(130)

Merancang rancangan pelajaran harian
58.8

(180)

41.2

(126)

Memahami huraian sukatan mata pelajaran yang diajar
59.5

(182)

40.5

(124)

Memilih isi kandungan
59.8

(183)

40.2

(123)

* angka dalam kurungan merupakan bilangan responden Bagi meneliti masalah-masalah pengajaran mata pelajaran KBSM yang dihadapi oleh responden, Ujian Khi kuasadua digunakan untuk melihat sama ada wujudnya hubungan antara masalah-masalah tersebut dengan pembolehubah-pembolehubah (i) kelulusan ikhtisas guru, (ii) pengalaman mengajar dan (iii) kekerapan guru menghadiri KDP. Hubungan Antara Kelulusan Ikhtisas Guru Dengan Masalah Pengajaran Mata Pelajaran KBSM
 
Jadual 3 menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kelulusan ikhtisas guru dengan masalah dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Ini mungkin mencadangkan kelulusan ikhtisas guru sama ada yang bertaraf diploma pendidikan atau pun sijil perguruan tidak mempengaruhi masalah guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Dengan kata lain, kelulusan ikhtisas guru tidak menentukan masalah dalam pelaksanaan pengajaran mata pelajaran KBSM.


Jadual 3: Hubungan Antara Kelulusan Ikhtisas Dengan Masalah

Melaksanakan Pengajaran Mata Pelajaran KBSM


 
Kelulusan Ikhtisas

 

     
Perkara
Dip Pend
Sijil Perg
Khi-kuasadua (l² )
Df
p= darjah signifikan
Menyediakan bahan bantu mengajar 75.3

(162)

76.9

(70)

.08692 1 .76806

(TS)

Menentukan aktiviti pembelajaran murid 63.7

(137)

69.3

(63)

.86704 1 .35178

(TS)

Merancang kaedah pengajaran 61.9

(133)

56.0

(51)

.89719 1 .34354

(TS)

Menyediakan soalan peperiksaan 51.2

(110)

49.5

(45)

.75000 1 .78420

(TS)

Menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran 61.9

(133)

56.0

(51)

.89719 1 .34354

(TS)

Merancang rancangan pelajaran seminggu 45.1

(97)

48.4

(44)

.26905 1 .60397

(TS)

Memahami keseluruhan sukatan pelajaran yang diajar 45.6

(98)

41.8

(38)

.37953 1 .53786

(TS)

Menggunakan buku teks 44.7

(96)

37.4

(34)

1.40057 1 .76806

(TS)

Merancang rancangan pelajaran harian 42.3

(91)

38.5

(35)

.39582

 

1 .52926

(TS)

Memahami huraian sukatan mata pelajaran yang diajar 41.9

(90)

37.9

(34)

.53957 1 .46261

(TS)

Memilih isi kandungan 42.8

(92)

34.1

(31)

2.04901 1 .15230

(TS)

* angka dalam kurungan merupakan bilangan responden
 
 

Hubungan Antara Pengalaman Mengajar Guru Dengan Masalah Melaksanakan Pengajaran Mata Pelajaran KBSM
 
 

Data Jadual 4 menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengalaman mengajar guru dengan masalah dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Ini bermakna, pengalaman mengajar tidak mempengaruhi masalah guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Dengan kata lain, dapatan kajian mungkin mencadangkan bahawa baik guru yang lama tempoh mengajar mahupun guru kurang berpengalaman menghadapi masalah-masalah pengajaran yang disenaraikan dalam Jadual 4.


Jadual 4: Hubungan Antara Pengalaman Mengajar Dengan Masalah

Melaksanakan Pengajaran Mata Pelajaran KBSM


 
Pengalaman Mengajar

 

     
Perkara
Berpengalaman
Tidak Berpengalaman
Khi-kuasadua (l² )
Df
p= darjah signifikan
Menyediakan bahan bantu mengajar
75.6

(152)

76.5

(78)

.15543
1
.925293
Menentukan aktiviti pembelajaran murid
65.2

(131)

65.7

(69)

.01016
1
.99493

(TS)

Merancang kaedah pengajaran
56.2

(113)

67.6

(69)

3.79160
1
.15020 (TS)
Menyediakan soalan peperiksaan
49.8

(100)

52.0

(53)

.44940
1
.79876 (TS)
Menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran
53.2

(107)

51.0

(52)

.38341
1
.82555

(TS)

Merancang rancangan pelajaran seminggu
44.8

(90)

48.0

(49)

.81044

 

1
.66683

(TS)

Memahami keseluruhan sukatan pelajaran yang diajar
39.8

(80)

52.9

(54)

5.32954
1
.06962 (TS)
Menggunakan buku teks
39.3

(79)

48.0

(49)

2.82588
1
.24343

(TS)

Merancang rancangan pelajaran harian
39.8

(80)

43.1

(440

1.11012
1
.57404

(TS)

Memahami huraian sukatan mata pelajaran yang diajar
38.8

(78)

43.1

(44)

1.32954
1
.50467

(TS)

Memilih isi kandungan
38.3

(77)

43.1

(44)

1.51863
1
.46799

(TS)

* angka dalam kurungan merupakan bilangan responden
 

Hubungan Antara Kekerapan Guru Menghadiri KDP Dengan Masalah Melaksanakan Pengajaran Mata Pelajaran KBSM
 

Jadual 5 menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kekerapan guru menghadiri KDP dengan masalah dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Ini bermakna, kekerapan guru menghadiri KDP tidak mempengaruhi masalah guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Ringkasnya, keputusan ujian mungkin mencadangkan sama ada guru yang kerap menghadiri KDP atau pun yang kurang kerap sama-sama menghadapi masalah pengajaran yang disenaraikan dalam Jadual 5.


Jadual 5: Hubungan Antara Kekerapan Guru Menghadiri KDP Dengan Masalah

Melaksanakan Pengajaran Mata Pelajaran KBSM


 
Kekerapan KDP

 

     
Perkara
Kerap
Kurang kerap
Khi-kuasadua (l² )
Df
p= darjah signifikan
Menyediakan bahan bantu mengajar 75.9

(148)

75.8

(38)

.000248 1 .98825

(TS)

Menentukan aktiviti pembelajaran murid 68.7

(134)

57.6

(38)

2.89455 1 .23521

(TS)

Merancang kaedah pengajaran 57.4

(112)

63.6

(42)

1.74818 1 .41724

(TS)

Menyediakan soalan peperiksaan 52.3

(102)

45.5

(30)

.93166 1 .62761

(TS)

Menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran 54.4

(106)

51.5

(34)

.90772 1 .67517

(TS)

Merancang rancangan pelajaran seminggu 46.7

(91)

45.5

(30)

.88593 1 .95794

(TS)

Memahami keseluruhan sukatan pelajaran yang diajar 45.6
 
 

(89)

47.0

(31)

1.75052 1 .41675

(TS)

Menggunakan buku teks 40.0

(78)

45.5

(300

1.47998 1 .47712

(TS)

Merancang rancangan pelajaran harian 42.6

(83)

39.4

(26)

.45807 1 .79530

(TS)

Memahami huraian sukatan mata pelajaran yang diajar 44.6

(87)

34.8

(23)

3.94705 1 .13897

(TS)

Memilih isi kandungan 38.5

(75)

48.5

(32)

2.50776 1 .28540

(TS)

* angka dalam kurungan merupakan bilangan responden
 
 


PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


Dapatan kajian menunjukkan lebih 40% responden mengakui menghadapi masalah dalam pelaksanaan pengajaran mata pelajaran KBSM daripada aspek penyediaan bahan bantuan mengajar dan soalan peperiksaan, perancangan aktiviti termasuk rancangan pelajaran, penerapan nilai murni, penggunaan buku teks dan penguasaan sukatan pelajaran. Kajian juga mendapati penyediaan bahan bantuan mengajar merupakan masalah utama responden kerana 75.8% daripada mereka menghadapi masalah tersebut. Masalah penyediaan bahan bantu mengajar yang dihadapi mungkin memberi implikasi negatif terhadap pelaksanaan pengajaran. Menurut Ismail (1989) penggunaan bahan bantu mengajar akan memberi implikasi positif dalam pengajaran pembelajaran iaitu :


    Memandangkan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran boleh mendatangkan faedah yang besar, maka masalah penyediaan bahan bantu mengajar yang menjadi masalah utama tidak seharus dipandang ringan. Apa masalah sebenar yang dihadapi oleh guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar? Adakah daripada aspek kemahiran, kemudahan, kewangan, masa atau sikap? Langkah perlu diambil untuk membantu guru mengatasi masalah tersebut.

    Hasil kajian mendapati pembolehubah-pembolehubah (i) kelulusan ikhtisas, (ii) pengalaman mengajar dan (iii) kekerapan mengikuti KDP tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah-masalah pengajaran mata pelajaran KBSM. Dapatan tersebut menolak anggapan sesetengah pihak yang disenaraikan berikut :
     
     


    Hasil dapatan juga menyokong dapatan kajian Hussein (1991) yang melaporkan bahawa faktor kekerapan seseorang guru berkursus tidak ada hubungan korelasi dengan peningkatan pengetahuan dalam melaksanakan pengajaran. Namun demikian, kajian lanjut yang memungkinkan aspek-aspek yang pengajaran mata pelajaran KBSM dilihat secara khusus perlu dijalankan supaya masalah-masalah pengajaran guru dapat difahami dengan lebih mendalam.


RUJUKAN


Bhawani Kanagarajah. (1992). The implementation of the form one KBSM Bahasa Melayu curriculum. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.

Fowzia Osman. (1991). Penilaian program kemahiran hidup (pilihan B) tingkatan satu di Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fox, D.J. (1986). The research process in education. New York : Holt Rinehart & Winston Inc.

Gagne, R.M. (1965). The condition of learning. Montreal : Holt Rinehart & Winston Inc.

Hamidah Abd. Hamid. (1995). Masalah guru dalam pelaksanaan kurikulum Bahasa Malaysia sekolah menengah. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.

Hussein Hj. Ahmad. (1991). Keberkesanan penyediaan guru dan aktiviti meningkatkan profesionalisme mereka. Jurnal Guru, Jld 3,144-159.

Mohd Nor Mahmud. (1994). Pelaksanaan kurikulum geografi KBSM : Kajian tentang sikap guru dan masalah yang dihadapi dalam pengajaran. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Azis & Ng See Ngean. (1992). Pelaksanaan matematik KBSM : Fenomena tahun pertama. Masalah Pendidikan, Universiti Malaya, Jld 16, 76 – 89.

Sharifah Md. Nor & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1994). Guru perdagangan dan keusahawan : Tinjauan profil dan pandangan terhadap kerja. Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya, Jld 16, 37 – 44.

Smith, B.O. (1960). A Concepts of teaching. Teacher College Record.

Uma Sekaran. (1987). Research methods for business : A skill building approach. New York : John Wiley & Sons, Inc.

Zainun Ishak. (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani dalam KBSM : Sejauh manakah keberkesanannya? Masalah Pendidikan, Universiti Malaya, Jld 19, 135 – 165.
 


 

IPDA Research