SATU TINJAUAN PELBAGAI ASPEK MEMBACA MURID-MURID TADIKA
 

LeeLai Guan

Rahmah bt. Hanafi

Salihah bt. Yusof

Jabatan Pendidikan
 
 

Abstrak


Pengenalan

Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperoleh walaupun kanak-kanak masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya. Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu, tetapi dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan membaca yang tidak sempurna . Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah ketika berada di sekolah rendah . Gambaran yang diketengahkan menegaskan bahawa betapa pentingnya kebolehan membaca di kalangan kanak-kanak tadika diberikan perhatian yang sewajarnya. Bertitik tolak daripada pandangan ini, maka satu kajian kes yang meninjau pelbagai aspek kebolehan membaca di kalangan murid-murid Tadika IPDA (Institut Perguruan Darulaman) dijalankan. Kajian ini memberi tumpuan kepada tiga aspek, iaitu
  • tahap kebolehan membaca
  • masalah yang dihadapi oleh murid dalam ujian membaca dan
  • peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga.
Kami berharap agar dapatan kajian ini boleh membantu guru dan ibu bapa murid-murid berkenaan membuat refleksi terhadap peranan masing-masing dalam membantu murid (anak) belajar membaca. Di samping itu, ia juga diharap berguna untuk pensyarah dan guru pelatih khasnya pengkhususan Prasekolah untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang isu-isu belajar membaca di kalangan murid-murid tadika.

Soalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menerokai soalan-soalan berikut:-
Batasan kajian

Kebolehan membaca

 Kebolehan membaca merupakan satu tingkah laku manusia yang kompleks. Pada asasnya , ia merupakan satu proses komun ikasi manusia dengan bahan bercetak . Dalam proses tersebut, manusia mentafsir dan memberi makna kepada bahan tersebut yang umumnya bahan bertulis.

 Kebolehan membaca yang menjadi fokus kajian ialah kebolehan bacaan awal . Ia merujuk kepada kebolehan membaca yang dimiliki oleh kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan. Kebolehan bacaan awal hendaklah dibezakan daripada kebolehan bacaan mahir. Biasanya , ia dicirikan dengan bacaan yang kurang lancar , penguasaan perbendaharaan bacaan yang rendah serta tahap automatisiti dari segi pengenalan perkataan yang rendah (Smith , 1985). Sinclair dan Papandrapoulau (1984) pula berpendapat bahawa kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan seharusnya boleh membaca ayat-ayat yang mudah di samping boleh mempergunakan pengetahuan peraturan kesepadanan grafem fonem untuk mendekod perkataan baru yang tidak dikenalinya.

 Ringkasnya, kebolehan membaca yang seharusnya dimiliki oleh murid-murid setelah setahun belajar di tadika adalah penguasaan sekumpulan perbendaharaan kata yang agak memuaskan, boleh membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengeja dan membatang dengan tepat apabila berhadapan dengan perkataan yang tidak dikenali.

 Peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga .
Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan sekitaran rumah dalam pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak.

Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa .

Trelease (1989) berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran.

Berbincang mengenai perkara yang sama, Safiah (1990) berpendapat bahawa kanak-kanak yang dalam lingkungan umur 5 atau 6 tahun yang kerap dibacakan cerita akan mempunyai satu tanggapan yang agak jelas tentang apa yang dikatakan sebuah cerita. Misalnya, mereka tahu bahawa setiap cerita ada bahagian permulaan , ada peristiwa-peristiwa yang terjalin antara satu dengan lain dan ada pula bahagian penutupnya. Lebih banyak mendengar cerita, lebih kukuh pemahaman mereka tentang bagaimana cerita diolah. Ringkasnya, pengetahuan latar tentang cerita atau skema cerita sangat penting kerana akan membantunya memahami cerita-cerita lain.

 Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah:-

  • terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah.
  • masa yang diuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak.
  • masa yang diuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca.
  • sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak.
Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan. Sebagai kesimpulan, faktor peranan ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau sebaliknya.
 Latar belakang Tadika IPDA
 Tadika IPDA ditubuhkan pada Jun 1991 sebagai makmal untuk guru pelatih pengkhususan Prasekolah. Ia dikelola oleh Institut Perguruan Darulaman dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Gurunya ialah seorang guru terlatih yang berpengalaman mengajar di sekolah rendah. Beliau dibantu oleh seorang pekerja am rendah dalam hal penyediaan makanan untuk murid-murid serta pengemasan bilik darjah. Kebanyakan murid-murid tadika ini ialah anak pensyarah dan staf sokongan IPDA. Di samping itu, sebilangan kecil pegawai kerajaan yang bekerja atau tinggal di sekitar IPDA juga menghantar anak mereka ke tadika ini.

 Tadika IPDA mempunyai kemudahan fizikal yang cukup membanggakan. Bilik darjahnya luas. Selain daripada kerusi meja , ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti buku cerita, alat-alat permainan, televisyen, vedeo dan radio kaset. Di luar tadika , dibina taman permainan kanak-kanak khas untuk murid-murid Tadika IPDA. Tidak jauh daripada tadika, dalam Pusat Sumber IPDA dibuka sudut kanak-kanak. Di dalam sudut tersebut , disediakan buku cerita dan komputer jenis multimedia. Murid-murid Tadika IPDA digalakkan memanfaatkan kemudahan tersebut.

 Bahasa pengantar Tadika IPDA ialah bahasa Melayu. Ia melaksanakan kurikulum Prasekolah yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan sepenuhnya. Kurikulum tersebut merangkumi sembilan komponen iaitu:-

  • Perkembangan Pendidikan Ketatanegaraan.
  • Perkembangan Pendidikan Kerohanian dan Moral.
  • Penggunaan Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Agama Islam.
  • Perkembangan fizikal
  • Perkembangan sosio-emosi.
  • Perkembangan kognitif.
  • Perkembangan bahasa
  • Perkembangan estetika dan daya kreatif.
Aktiviti membaca merupakan salah satu aktiviti pengajaran pembelajaran formal dalam jadual waktu. Dalam mengajar membaca, guru tidak menekankan kaedah mengajar membaca tertentu tetapi cenderung menggunakan kaedah eklektik. Penyampaian aktiviti membaca tidak melibatkan penggunaan buku teks. Segala bahan pengajaran pembelajaran membaca disediakan oleh guru dengan merujuk pelbagai buku sumber. Tadika IPDA juga mendapat bantuan kepakaran daripada pensyarah dalam pelbagai aktiviti contohnya kelas komputer untuk murid, kelas seni lukis dan lain-lain.

METOD KAJIAN

Subjek Kajian

 Seramai 18 orang murid Melayu (6 orang lelaki dan 12 orang perempuan) Tadika IPDA Tahun 1997 dan 7 orang ibu bapa (2 orang ibu dan 5 orang bapa) diambil sebagai subjek kajian. Semua murid kajian adalah kanak-kanak normal dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan berkesan. Semasa ujian membaca dijalankan

pada awal Januari 1998, umur purata murid kajian ialah 6 tahun 6 bulan. Pada masa itu, mereka baru berada di Tahun Satu selama dua minggu. Ini bererti kebolehan membaca yang ditunjukkan oleh murid semasa ujian dijalankan tidak dipengaruhi oleh kaedah membaca guru Tahun Satu yang belum lagi memulakan bimbingan membaca. Kebanyakan murid kajian merupakan anak pensyarah dan staf sokongan IPDA. Latar belakang subjek kajian mengikut jenis pekerjaan ibu dan bapa boleh didapati dalam Jadual (1) dan (2).

Jadual (1) : Latar belakang murid kajian mengikut jenis

pekerjaan ibu (N=18)


 
 
 
Jenis Pekerjaan
Peratusan
Suri rumahtangga
40 % (7)
Guru
28 % (5)
Pekerjaan Sektor Awam yang lain 
22 % (4)
Pensyarah IPDA
5 % (1)
Guru besar
5 % (1)

Jadual (2) : Latar belakang murid kajian mengikut jenis

pekerjaan bapa (N=18)



 

Jenis Pekerjaan
Peratusan
Pensyarah (IPDA, Polimas , UUM)
55 % (10)
Pekerjaan Sektor Awam yang lain 
40 % (7)
Guru
5 % (1)
Berpandukan Jadual (1) dan (2) , semua bapa murid kajian bekerja dalam sektor awam dan kebanyakan ibu murid kajian juga pekerja sektor awam. Selain daripada itu, sebahagian besar ibu bapa murid kajian berkecimpung dalam sektor pendidikan.

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan dua alat kajian iaitu ujian membaca dan temu bual dengan ibu bapa murid kajian. Ujian membaca terdiri daripada Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring. Pengalaman guru Tadika IPDA yang merupakan salah satu seorang pengkaji dalam kajian ini dimanfaatkan dalam pembinaaan ujian membaca tersebut. Langkah ini diambil untuk menjamin kesahan ujian membaca yang dibina.
 

Ujian Perbendaharaan Kata

Ujian ini mengandungi 20 item aneka pilihan. Setiap item mempunyai empat pilihan jawapan dan sekeping gambar . Perkataan yang dipilih adalah dalam lingkungan pengalaman kanak-kanak berumur 6-7 tahun Setiap item yang dijawab dengan betul diberi satu markah. Item yang salah atau tidak dijawab diberi 0 markah Ujian dijalankan secara kumpulan . Sebelum murid kajian menjawab soalan, beberapa contoh cara menjawab soalan diberi. Kertas ujian diperiksa oleh pengkaji sendiri.
 

Ujian Bacaan Nyaring

 Ujian ini terdiri daripada lima ayat mudah. Panjang ayat adalah antara 3 hingga 5 patah perkataan. Jumlah perkataan untuk kesemua lima ayat ialah 20 patah perkataan. Semua perkataan pernah dipelajari oleh murid kajian. Ujian Bacaan Nyaring tidak disertakan dengan gambar. Murid kajian dikehendaki menyebut terus menerus ayat-ayat yang disediakan.
 Ujian Bacaan Nyaring dijalankan secara individu di satu bilik yang sunyi untuk memudahkan rakaman. Sebelum ujian bermula, pengkaji menjelaskan peraturan ujian kepada murid kajian . Apabila pengkaji berpuas hati peraturan difahami, ujian pun bermula.

Dalam kajian ini, aspek-aspek bacaan nyaring yang lain seperti kelancaran dan intonasi tidak diambil kira. Skema pemarkahan yang diubahsuai daripada Sofiah Hamid (1983) digunakan untuk menilai bacaan nyaring .

Sesi temu bual

Dua orang ibu dan lima orang bapa murid kajian ditemu bual untuk mendapatkan maklumat mengenai peranan mereka dan sekitaran keluarga dalam membantu anak belajar membaca. Temu bual dijalankan secara informal dengan menyentuh tiga perkara utama:-
  • Sikap ibu bapa terhadap pentingnya kebolehan membaca di kalangan anak-anak mereka.
  • Usaha ibu bapa dalam membantu anak belajar membaca.
  • Persekitaran rumah yang menggalakkan minat membaca anak.
 Sejurus selesai sesi temu bual, hasilnya dicatat dan dirumuskan untuk memudahkan analisis.

KEPUTUSAN KAJIAN

Jadual (3): Skor Ujian Perbendaharaan Kata, Ujian Kebolehan

Bacaan Nyaring dan Kebolehan Membaca.



 
 

Bilangan Murid
Bacaan Nyaring
Perbendaharan Kata
Kebolehan Membaca
1
17.8
18
35.8
2
20
19
39
3
10.8
15
25.8
4
2.2
17
19.2
5
20
19
39
6
13.4
12
25.4
7
1.8
11
12.8
8
18.2
18
36.2
9
17.6
20
37.6
10
2.4
4
6.4
11
2.4
7
9.4
12
13.2
10
23.2
13
17.8
14
31.8
14
12.8
17
29.8
15
13.6
18
31.8
16
13.6
19
32.6
17
17.6
18
35.6
18
12.6
15
27.6
Min
12.6
15
27.7
Sisihan piawai
6.3
4.5
10.0

Tahap perbendaharaan kata murid kajian
 

 Berdasarkan skor Ujian Perbendaharaan Kata yang diperoleh, perbendaharaan kata murid kajian adalah pada tahap yang baik. Daripada 18 orang murid kajian, 67 % (12) memperoleh skor yang lebih atau sama dengan min. Min skor ialah 15 dan sisihan piawai ialah 4.5. Julat skor adalah antara 4 hingga 20. Pola pencapaian Ujian tersebut memberi implikasi bahawa sebilangan besar murid kajian menunjukkan tahap penguasaan perbendaharaan kata yang baik atau cemerlang manakala ada sekumpulan kecil pula terlalu lemah dalam perbendaharaan kata mereka. Skor-skor Ujian Perbendaharaan kata murid kajian ditunjukkan dalam Jadual (3)
 Tahap kebolehan bacaan nyaring
Tahap kebolehan bacaan nyaring murid kajian yang ditunjukkan menerusi Ujian Bacaan Nyaring adalah hampir sama dengan Ujian Perbendaharaan Kata. Kebanyakan murid kajian menunjukkan pencapaian yang memuaskan. (Sila rujuk Jadual (3) ). Min keseluruhan ialah 12.6 dan sisihan piawai ialah 6.3. Julat skor ialah antara 2.2 hingga 20. 72 % (13) murid kajian memperoleh skor sama atau melebihi min. Pola pencapaian murid kajian dalam ujian ini adalah hampir sama dengan Ujian Perbendaharaan Kata. Ini bererti sebahagian besar murid kajian menunjukkan kebolehan bacaan nyaring yang baik atau cemerlang dan sebilangan kecil pula lemah atau sangat lemah dalam membaca nyaring.
 Tahap kebolehan membaca murid kajian
Tahap kebolehan membaca tersebut diukur dengan mencantum skor Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring. Hasil cantuman skor yang menggambarkan kebolehan membaca murid kajian boleh didapati dalam Jadual (3). Min keseluruhan ialah 27.7 dan sisihan piawai ialah 10.0. Julatnya adalah di antara 6.4-32.6. Daripada 18 orang murid kajian, 56 % (10) memperoleh skor di atas min manakala 44 % (8) di bawah min.
 

Berdasarkan data di atas, dapatlah dirumuskan bahawa tahap kebolehan membaca murid Tadika IPDA adalah pada tahap yang memuaskan. Didapati juga ada murid yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam kebolehan membaca manakala ada sebilangan kecil yang jauh ketinggalan di belakang yang memerlukan bimbingan dan perhatian khusus.
 

Masalah murid kajian dalam Ujian Perbendaharaan Kata
  Dalam huraian mengenai masalah tersebut, murid kajian dibahagikan kepada murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah. Murid kajian yang skornya sama atau di atas min dianggap berpencapaian tinggi dan mereka yang di bawah min dianggap dalam kumpulan berpencapaian rendah. Pembahagian ini dibuat secara arbitrari dan bertujuan untuk memudahkan perbincangan.

Masalah murid berpencapaian tinggi

 Terdapat 12 orang murid kajian yang skor Ujian Perbendaharaan Katanya sama atau lebih tinggi daripada min. Analisis jawapan mengikut item menunjukkan pada keseluruhannya murid kumpulan ini tidak menghadapi masalah dalam ujian tersebut kecuali dalam item 13 dan 18. Untuk item 13, dua orang murid tidak menjawab dan seorang lagi memberi jawapan C iaitu "mesin rumput" (Jawapan betul ialah D - "mesin penggali"). Manakala untuk item 18 pula, didapati 2 orang murid memilih jawapan C (stadium). Seorang pula memberi jawapan A (taman) dan seorang lagi B (padang). Jawapan betul ialah gelanggang (D). Kesalahan tersebut mungkin disebabkan pendedahan murid kepada penggunaan kata-kata yang lebih popular dalam bahasa lisan seperti ‘mesin korek’, ‘cari makan’ untuk item 13 dan ‘stadium’ untuk item 18.


Masalah murid berpencapaian rendah

 Murid berpencapaian rendah dalam Ujian Perbendaharaan Kata ialah mereka yang skornya di bawah min iaitu 15 markah. Seramai 6 orang murid tergolong dalam kumpulan ini. Setelah diteliti jawapan yang diberi mengikut item , dan berdasarkan pemerhatian semasa mereka menjalani ujian, umumnya kami dapati murid-murid kajian menghadapi masalah-masalah berikut:-

Masalah murid kajian dalam Ujian Bacaan Nyaring

 Setelah diteliti rakaman , umumnya masalah bacaan nyaring murid kajian boleh dikategorikan seperti berikut:
  1. Contoh - ‘tangga’ - ta - ng - ga *
  2. tan - gga *

    ‘bangun’ - ban - gun *

    ba - ng - un *

    ‘dengan’ - den - gan *

    de - ng -an *
     


  1. Contoh - ‘naik’ - nai - k *

Peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga dalam membantu anak-anak belajar membaca

 Hasil daripada sesi temubual mendedahkan beberapa perkara yang berhubung dengan peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga dalam membantu anak belajar membaca.

 


PERBINCANGAN



 

Kajian kes ini bertujuan meninjau tahap kebolehan membaca di kalangan murid-murid Tadika IPDA serta peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga dalam membantu mereka belajar membaca. Kebolehan membaca diukur dengan mentadbirkan Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian bacaan nyaring. Kedua-dua Ujian dibina oleh pengkaji sendiri. Ujian Perbendaharaan Kata berbentuk aneka pilihan. Murid kajian dikehendaki memilih perkataan yang tepat yang menceritakan maksud gambar yang disertakan manakala untuk Ujian Bacaan Nyaring pula, murid dikehendaki membaca kuat lima a

Ayat mudah tanpa ditunjuk sebarang gambar . Bacaan murid kajian dirakam dan markah diberi berdasarkan ketepatan sebutan. Ini bererti kebolehan membaca yang diukur terbatas kepada kebolehan yang diperlukan untuk menjalani ujian-ujian tersebut. Ia tidak menggambarkan keseluruhan kebolehan membaca yang dimiliki oleh murid kajian. Selain dari itu, ujian-ujian tersebut seperti ujian membaca yang lain tidak bebas daripada ralat khasnya Ujian Perbendaharaan Kata yang berbentuk aneka pilihan. Kemungkinan murid meneka memang tidak dapat diketepikan. Bagaimanapun, pencapaiaan murid kajian dalam kedua-dua ujian tersebut telah disahkan oleh guru tadika mereka yang merupakan salah seorang pengkaji kajian ini. Beliau mendapati skor-skor yang diperoleh umumnya menggambarkan pencapaian mereka dalam kelas . Berkaitan dengan pencapaian murid kajian dalam ujian tersebut, perlu ditegaskan bahawa skor-skor yang diperoleh hanya menggambarkan tahap kebolehan membaca pada masa ujan dijalankan. Kebolehan membaca murid kajian pada masa ini kemungkinan sudah berubah kerana mengikut Searfoss & Readence (1994) kebolehan membaca kanak-kanak berubah dalam jangka waktu yang singkat.
 

Berdasarkan pencapaian dalam ujian tersebut, adalah didapati pada keseluruhannya, murid-murid Tadika IPDA menunjukkan pencapaian yang baik. Namun julat skor di antara mereka yang berpencapaian tinggi dan rendah adalah besar. Mengapakah keadaan demikian timbul adalah sukar dikenal pasti dengan kajian yang ringkas ini. Apatah lagi dengan tingkahlaku membaca yang kompleks . Apa yang pasti adalah ia bukan semata-mata disebabkan oleh faktor pekerjaan ibu bapa kerana ada anak pensyarah yang berpencapaian tinggi dan pada masa yang sama terdapat juga anak pensyarah yang berpencapaian rendah. Berdasarkan data yang dikumpul, faktor yang menyebabkan perbezaan kebolehan membaca murid kajian kemungkinan besar ialah kombinasi pelbagai faktor seperti kecerdasan, peranan ibu bapa, sikap murid kajian terhadap membaca. Pandangan ini selaras dengan Seafoss & Readence (1994).
 
 

Masalah yang dihadapi oleh murid kajian dalam Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring khasnya di kalangan murid yang berpencapaian rendah boleh dikaitkan dengan penguasaan kemahiran asas yang rendah dalam membaca. Untuk membaca bahasa abjad seperti bahasa Melayu, kanak-kanak perlu memiliki kemahiran mendekod iaitu membatang dan membunyikan suku kata. Sekiranya kemahiran mendekod tidak dikuasai dengan baik, kanak-kanak tidak dapat memanfaatkan perbendaharaan lisan yang dikuasai untuk membantunya membaca perkataan yang tidak dikenali. Ini menjelaskan kenapa murid tidak boleh menyebut perkataan seperti ‘baju’, ‘emak’, ‘telur’ walaupun sudah menguasainya dalam bahasa lisan (Schickedanz, 1982).
 
 

Selain dari itu, kemungkinan murid kajian yang berpencapaian rendah dalam Ujian Perbendaharaan Kata mempunyai pengalaman yang terhad. Ini menjelaskan masalah sesetengah murid yang tidak dapat membezakan perkataan seperti ‘lori’, ‘van’, ‘kereta’, ‘traktor’. Dengan pengalaman yang terhad, mereka tidak mampu membezakan jenis-jenis kenderaan dan mengenal pasti benda yang ditunjukkan dalam gambar.
 
 

Hasil temubual dengan ibu bapa mendapati kebanyakan ada membaca kuat buku cerita kepada anak tetapi tidak kerap dan kurang sistematik. Tidak ada masa khas diperuntukkan oleh ibu bapa untuk membaca buku cerita kepada anak. Ini bererti kebanyakan ibu bapa sedar pentingnya membaca kuat kepada anak tetapi bermasalah melaksanakannya dengan tekal. Antara punca masalahnya ialah kekurangan masa dan kebosanan. Hasil temu bual juga mendapati kakak dan abang kepada murid kajian yang bersekolah juga memainkan peranan dalam membimbing adik mereka membaca. Rupanya, selain daripada ibu bapa, kakak dan abang juga menjadi model kepada adik dan mempengaruhi sikap adik terhadap membaca.

 Ringkasnya, kebanyakan murid Tadika IPDA menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian membaca. Ini boleh dikaitkan dengan persekitaran keluarga yang kondusif yang membantu mereka belajar membaca sebagaimana yang digambarkan dalam sesi temu bual dengan ibu bapa murid-murid kajian.
 

CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian, cadangan-cadangan berikut dikemukakan:-

 
KESIMPULAN


Pada keseluruhannya, murid-murid Tadika IPDA menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian membaca yang dijalankan. Namun masih terdapat sekumpulan kecil yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran asas membaca khasnya mendekod perkataan yang tidak dikenali. Murid-murid ini juga mempunyai pengetahuan am yang terhad. Berhubung dengan peranan ibu bapa dan persekitaran rumah pula, kebanyakan ibu bapa didapati menyediakan buku-buku bacaan untuk anak. Namun, ramai yang kurang kerap membaca kuat kepada anak mereka mungkin tidak menyedari faedahnya . Akhirnya beberapa cadangan dikemukakan untuk dijadikan bahan renungan guru, ibu bapa dan pihak-pihak lain yang berkepentingan.


RUJUKAN



Durkin, D.R. (1966) Children Who Read Early. New York: Teachers College Press

Hansen, H.S. (1969). The impact of the home literary environment on reading attitude Elementary English, 46, 17 – 24

Kimmel, M.M. & Segal, E. (1998). For Reading out Loud. New York.: Delacorte.

Rudman, M, & Pierce, A-M (1988). For Love of Reading A Parent’s Guide : to Encourage Young Readers from Infancy through Age 5. New York : Consumers Union.

Safiah Osman (1990). Kanak-kanak dan pembacaan Dlm. Membaca : Satu Pengenalan.

(Safiah Osman , Ed.) ms . 20-45. Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn . Bhd.

Schickedanz, J.A (1982). The acquisition of written language in young children. In Handbook of Research in Education (Spodek B. Ed. ) 242 - 263. New York : The Free Press.

Searfoss, L.W.Z Readence, J.E. (1994). Helping Children Learn to Read. Boston : Allyn & Bacon.

Sinclair, A . & Papandropoulou, I . B. (1984) Learning to read and skilled reading : multiple systems interacting within and between the readers and the test. In Language Awareness and Learning to Read (Downing , J. & Valtin, P, eds. ) 79 - 92 .Berlin : Springer Verlag.

Smith , F . (1985). Reading . Cambridge : Cambridge University

Sofiah Hamid. (1983). Bacaan Bahasa Malaysia di Peringkat Sekolah Rendah . Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Tredease, J. (1989a). Jim Trelease Speaks on Reading Aloud to children. The Reading Teacher. Disember, 200 - 206.

Trelease. J. (1989b). The New Read Aloud Handbook . New York : Penguin.
 

IPDA Research