IKLIM KERJA DAN ‘BURNOUT‘ DI KALANGAN GURU

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


Lim Khong Chiu

Leong Weng Tuck

Unit Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan


 Abstrak


Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai tahap ‘burnout’ guru-guru PJK dan mengenal pasti hubungannya dengan iklim kerja di sekolah. Soal selidik yang diadaptasi daripada versi Fejgin et al (1995) dan Pines dan Aronson (1981) telah digunakan untuk mengumpul data ke atas 82 orang responden. Keputusan membuktikan tahap ‘burnout’ di kalangan guru PJK masih di paras rendah(M=2.42 ). Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap ‘burnout’ di antara guru-guru PJK sekolah rendah dan menengah( t=-2.044,k<0.05). Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara setiap dimensi iklim kerja dengan tahap ‘burnout’ guru-guru PJK. Di samping itu, analisis melalui regresi berganda ‘stepwise’ membuktikan dimensi birokratik dan sosial merupakan dua pembolehubah peramal yang paling berkesan ke atas tahap ‘burnout’guru-guru PJK ( B=0.511 dan B=0.241). Langkah-langkah meningkatkan iklim kerja yang kondusif disyorkan untuk membendung ‘burnout’.


Pendahuluan

Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolalaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan ( Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995 ). Justeru itu, dengan pelaksanaan berbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.

Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya guru pada dewasa ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan kerjaya guru yang menarik. Malah tidak menafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga ( Abdul Shukor, 1996 ). Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan agak pasti suasana pengajaran-pembelanjaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan akan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan.

Fenomena guru mengambil keputusan bersara awal sering dikaitkan dengan perubahan kurikulum baru dalam sisitem pendidikan Malaysia . Perubahan itu dikatakan menyebabkan senarai tugas guru semakin panjang dan harapan terhadap guru semakin tinggi, sedangkan keadaan lain tidak banyak berubah ( Amla Mohd Salleh, 1994 ). Guru sendiri dan persekitaran proses pembelajaran itu tidak disediakan dengan sempurna bagi menghadapi perubahan. Dengan itu, guru berasa amat kecewa kerana tak mampu menangani tugas dan harapan yang sudah berubah.

Individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalam keadaan tertekan ( Smith, 1993; Girdano et al, 1993 ). Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya, apa lagi sifat kasih sayang. Terdapat kajian-kajian (Fejgin et al,1995; Pastore &Judd,1992) membuktikan sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan , sikap berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara sebelum masa kerana dikatakan tertekan.

Pernyataan masalah

Dalam suasana kerancakan memperkenalkan dan melaksanakan reformasi pendidikan kini sangat sedikit yang dilakukan untuk meneliti dan memeriksa sama ada perubahan-perubahan yang dilakukan itu ada kena mengena dengan corak tingkah laku dan sikap guru-guru. Kesan-kesan perubahan ini terhadap guru-guru merupakan andaian semata-mata. Supaya andaian tidak terus tinggal sebagai andaian, kajian-kajian empirikal perlulah dilakukan terhadap fenomena ini. Di samping itu, sesuai dengan dekad ini yang dianggap sebagai dekad meningkatkan kecemerlangan dalam pendidikan, apatah lagi sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan guru yang bertaraf dunia, maka hal-hal yang seumpama inilah yang perlu dibongkar dan disingkap.

Banyak kajian tentang‘burnout’ di kalangan guru telah dijalankan di Barat ( Austin,1981; Depaepe, French & Lavaj, 1985; Horton,1984; Fejgin, Ephraty & Ben-Sira,1995), tetapi hanya sebahagian yang kecil sahaja yang memberi tumpuan dalam kajian mereka terhadap guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ( PJK ) ( Fejgin et. al, 1995). Dalam konteks di Malaysia, memandangkan status mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah kini semakin kurang kredibilitinya ( Yusof Ismail, 1987; de Vries, 1990; Tuan Sheikh Kamaruddin,1994 ), ditambah dengan berbagai-bagai pengharapan dan jangkaan peranan guru-guru PJK daripada pihak-pihak tertentu serta perbezaan keadaan struktur kelas yang harus dikendalikan oleh guru-guru PJK berbanding dengan guru-guru lain telah menimbulkan pelbagai tanggapan umum yang punca dan tahap ‘burnout’ guru-guru PJK adalah berbeza dengan guru-guru lain. Sehingga kini, belum ada kajian yang khusus pernah dijalankan mengenai fenomena ini terhadap guru-guru PJK kecuali menjadi sebahagian daripada tajuk perbincangan dalam perbengkelan dan seminar di pusat-pusat pengajian tinggi oleh individu-individu tertentu yang ada kaitan dengan profesion keguruan. Oleh itu, bukti-bukti awal dirasakan perlu untuk mengetahui tentang iklim kerja dan tahap ‘burnout’ di kalangan guru PJK supaya langkah-langkah persediaan dapat diambil untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinannya. Adakah ‘burnout’wujud di kalangan guru PJK ? Adakah iklim kerja merupakan faktor penyumbang terhadap ‘burnout’ guru-guru PJK ?


 
 

Persoalan kajian

Berdasarkan permasalahan kajian yang dikemukakan, beberapa soalan kajian yang berikut diharap akan cuba dijawab melalui kajian ini.

a) Bagaimanakah pola tahap ‘burnout’ guru-guru PJK ?

b). Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap ‘burnout’ guru-guru PJK mengikut jantina, jenis dan lokasi sekolah ?

c). Bagaimanakah suasana iklim kerja guru-guru PJK ?

d). Adakah iklim kerja mempunyai hubungan dengan tahap ‘ burnout’ guru-guru PJK ?

e). Sejauh manakah faktor iklim kerja mempengaruhi tahap ‘burnout’ guru-guru PJK ?

 Tujuan kajian
Kajian ini mempunyai tiga tujuan utama. Pertama, untuk mengetahui dan menilai tahap ‘burnout’ guru-guru PJK di sekolah rendah dan menengah. Kedua, adalah untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tahap ‘burnout’ guru-guru PJK mengikut jantina, jenis dan lokasi sekolah, dan ketiga, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan tahap ‘burnout’ di kalangan guru PJK dengan iklim kerja di sekolah.
Hipotesis kajian
Berasaskan tujuan dan limitasi kajian, dua hipotesis nol dibentuk seperti berikut :
  • Ho ( 1 ): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap ‘burnout’ di antara guru-guru PJK mengikut jantina, jenis dan lokasi sekolah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.

  • Ho ( 2 ): Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara setiap dimensi iklim kerja berasaskan model konseptual Pines ( 1982 ) dengan tahap ‘burnout’ guru-guru PJK di sekolah-sekolah daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.

    Definisi konsep

    Iklim Kerja

  • Terdapat pelbagai pendekatan telah digunakan untuk memberi pengertian kepada iklim kerja oleh pengkaji-pengkaji khususnya di kalangan ahli psikologi industri dan organisasi. Mereka cenderung menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu untuk mengukur dan menentukan faktor-faktor atau dimensi-dimensi dalam iklim organisasi untuk mengenal pasti iklim kerja sesebuah organisasi.

  • Pengkaji-pengkaji Barat menyifatkan iklim organisasi sebagai suatu unsur fizikal, di mana iklim dapat dilihat sebagai suatu attribusi dari organisasi atau sebagai

    suatu attribusi daripada persepsi individu sendiri. Duncan (1972) mencirikan iklim organisasi sebagai keseluruhan faktor-faktor fizikal dan sosial yang terdapat dalam sempadan sesebuah organisasi ( Yukl & Wexley, 1984 ).

    Di samping itu, Campbell, Dunnette, Lawler dan Weick (1970) telah memberi takrifan iklim organisasi sebagai satu set attribusi khusus yang ada pada sesebuah organisasi tertentu yang boleh dilihat melalui cara organisasi itu bertindak dengan ahli-ahli dalam organisasi dan persekitarannya.

    Dalam konteks kajian ini, iklim kerja dilihat sebagai unsur-unsur fizikal dan sosial yang kekal dalam sesebuah organisasi untuk jangka masa tertentu dan ia mempengaruhi tingkah laku dalam organisasi itu. Sehubungan itu, kerangka model konseptual Pines (1982) telah digunakan sebagai panduan untuk menentukan iklim kerja dalam kajian ini. Menurut model Pines (1982), iklim kerja sesebuah organisasi dapat diukur melalui empat dimensi seperti berikut :-

    a). Dimensi Psikologikal - iaitu meliputi pembolehubah-pembolehubah seperti beban kerja, kurang berautonomi, kurang pemenuhan kendiri(self-fulfilment), dan kurang perkembangan kendiri.

    b). Dimensi Struktural - iaitu meliputi pembolehubah-pembolehubah seperti persekitaran fizikal, paras bunyi, dan darjah keserasian antara keperluan-keperluan kerja dan struktur fizikal.

    c). Dimensi Sosial - iaitu meliputi aspek-aspek interaksi dengan klien ( dari segi kuantiti dan ciri-ciri permasalahannya ), rakan sejawat ( darjah sokongan dan kerjasama ), dan penyelia-penyelia ( maklum balas, sokongan, dan ganjaran ).

    d). Dimensi Birokratik - iaitu meliputi kerja-kerja perkeranian, ‘red-tape’. undang-undang dan peraturan-peraturan, konflik peranan, dan kekaburan peranan.

    Sejajar dengan kerangka model konseptual Pines ( 1982 ), soal selidik yang direka bentuk oleh Fejgin et.al ( 1995) telah diubah suai oleh penyelidik dan digunakan untuk menaksir dimensi-dimensi iklim kerja dalam kajian ini.

    ‘Burnout’
    Fenomena ‘ burnout’ telah mula dikaji seawal tahun 1970-an ( Pastore & Judd, 1992 ). Walau bagaimanapun, sehingga kini agak sukar untuk mendapatkan satu definisi operational yang konkrit tentang ‘ burnout’.

    Freudenberger (1980 ) mentakrifkan ‘burnout’ sebagai :

    " ...a state of fatigue or frustration brought about by devotion to a cause, way of life, or relationship that failed to produce the expected reward." ( h. 74 )

  • Namun begitu, sering kali wujud kekeliruan di kalangan penulis dan pengkaji tentang penggunaan konsep ‘burnout’ dan tekanan (stress). Konsep-konsep ini telah digunakan secara silih berganti dalam berbagai-bagai penulisan walaupun pada hakikatnya ada perbezaan di antara kedua-dua konsep tersebut. Ini adalah kerana terdapat persamaan ciri-ciri dan simptoms-simptomps pada individu yang mengalami masalah-masalah tersebut. Menurut Lazarus (1966) dan Selye (1976), " burnout is usually a result of unmediated stress, and in several theories certain stress reactions are referred to in terms that are similar to those used to describe burnout. "( Friedman, 1995 ). Farber (1983) pula menyimpulkan bahawa " in general burnout can be conceptualized as a function of the stresses engendered by individual, work-related and societal factors " ( h. 3 ).

  •  

     
     

    Maslach dan Pines telah mengkaji tentang ‘burnout’ dari perpektif sosial-psikologikal. Kajian mereka telah berjaya menghasilkan satu inventori yang dikenali sebagai Maslach Burnout Inventori. Inventori ini telah digunakan secara meluas untuk menaksir tiga faktor dalam mengukur ‘burnout’ terhadap individu. Faktor-faktor tersebut adalah dari segi keletihan emosi ( emotion exhaustion), gangguan keperibadian kendiri (depersonalization ), dan pencapaian peribadi ( personal accomplishment ). Di samping itu, Maslach dan Pines percaya bahawa ciri-ciri kerja/tugas dalam sesebuah organisasi adalah faktor penentu utama terhadap kebarangkalian seseorang itu akan mengalami ‘ burnout’ ( Gold & Roth, 1993 ).

    Dalam kajian ini ‘burnout’ adalah merujuk kepada ciri-ciri yang disarankan dalam kajian Pines dan Aronson (1981). Pines dan Aronson (1981) telah menggubal inventori ‘burnout’ dengan mengubah suai daripada Maslach Burnout Inventori untuk memenuhi tujuan kajian mereka tentang persekitaran kerja di kalangan guru, jururawat, ahli perubatan, dan pengurus-pengurus perniagaan ( Fejgin et.al, 1995 ). Inventori ‘burnout’ Pines dan Aronson

    (1981) telah menaksirkan tiga komponen ‘burnout’ iaitu, keletihan ( exhaustion ) fizikal, emosi dan mental. Sehubungan itu, daripada kajian Pines dan Aronson (1981), ‘ burnout’ dicirikan sebagai suatu keadaan yang dialami oleh mental-emosi dan fizikal individu seperti kelesuan, kemurungan, optimistik, perasaan terperangkap, perasaan tidak berguna, dan perasaan energetik ( Fejgin et.al,1995 ).
     
     

    Guru-Guru PJK
     
     
  • Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah dan bukan siswazah terlatih yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah rendah dan menengah gred A di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu. Untuk tujuan kajian ini guru-guru PJK adalah merujuk kepada guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran PJK sekurang-kurangnya empat waktu seminggu di sekolah.

  •  

     

    Sekolah Rendah dan Menengah
     
     
  • Merujuk kepada tempat yang disediakan oleh kerajaan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti dan program akademik biasa kepada kanak-kanak dan remaja yang berumur lebih kurang di antara 7 hingga 20 tahun. Sekolah-sekolah yang dipilih dalam kajian ini adalah sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti sebagai sekolah bertaraf gred A yang terletak sama ada di kawasan bandar ataupun luar bandar.
  • Batasan kajian
    Tahap ‘burnout’ dan keadaan iklim kerja guru-guru PJK adalah menjadi fokus dalam kajian ini. Pembolehubah-pembolehubah lain yang didapati mempunyai perkaitan denganya tidak dikaji dalam kajian ini.

    Selain itu, responden dalam kajian adalah terbatas kepada guru-guru PJK yang dipilih secara rambang percontohan bertujuan ( purposive random sampling ) dari sekolah-sekolah rendah dan menengah gred A di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.

    Di samping itu, data yang diperolehi pula hanyalah berasaskan tindak balas responden-responden terhadap soal selidik yang diedarkan . Manakala keputusan yang telah diperolehi pula hanya mungkin melaporkan situasi yang sebenarnya wujud di sekolah-sekolah dalam dua daerah yang dikaji.

    Kepentingan kajian
    Kajian penerokaan ini telah menunjukkan beberapa keputusan yang bernilai tentang ‘burnout’ dan iklim kerja guru-guru PJK di sekolah-sekolah rendah dan menengah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu. Hasil kajian ini telah menyediakan beberapa alternatif dan panduan kepada pihak-pihak berkenaan, khususnya di kalangan pentadbir dan pengurus sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan amnya bagi mengatur strategi-strategi untuk menghadapi masalah ‘burnout’ di kalangan guru, khasnya guru-guru PJK.

    Fenomena ‘burnout’ adalah keadaan yang kronik yang dialami oleh seseorang dan ia tidak boleh diuruskan dengan menggunakan strategi-strategi pengurusan yang mudah( Smith,1993 ). Justeru itu, peningkatan kualiti persekitaran kerja di sekolah sangatlah membantu dan penting untuk pihak pentadbir sekolah menjayakan pelbagai aktiviti kepada guru-guru secara sistematik dan berkesan. Sehubungan itu, kajian ini telah menyediakan maklumat-maklumat yang berguna untuk panduan pihak-pihak berkenaan dalam mereka bentuk program-program bagi meningkatkan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif.

    Selain itu, kajian ini juga dapat membantu institusi-institusi latihan perguruan dan institusi-institusi pengajian tinggi yang memainkan peranan penting untuk menghasilkan bakal guru yang berpengetahuan dan berkemahiran. Ini adalah kerana kajian ini telah menyediakan isu celik akal yang berharga tentang fenomena ‘burnout’ dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya. Dengan maklumat-maklumat yang dibekalkan itu, memudahkan institusi-institusi berkenaan merancang pelbagai program dan aktiviti latihan yang sesuai dan pragmatik.
     

    METOD



    Reka bentuk kajian

    Kajian ini adalah berbentuk tinjauan sampel di lapangan dengan menggunkan soal selidik. Soal selidik yang digunakan ( Dilampirkan ) mengandungi tiga bahagian seperti berikut:-

    Bahagian A : Butir-butir maklumat diri dan kerjaya

    Bahagian B : Item-item ciri-ciri persekitaran kerja

    Bahagian C : Inventori ‘burnout’

    Respoden terdiri daripada guru-guru PJK yang sedang mengajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.

    Kajian rintis telah dijalankan sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Data yang dipungut telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences ( SPSS-PC ).

    Subjek

    Seramai 82 orang guru-guru PJK telah dipilih sebagai responden kajian. Mereka terdiri daripada 47 orang lelaki dan 35 orang wanita. Responden-responden telah dipilih dengan menggunakan kaedah rambang percontohan bertujuan ( purposive random sampling ) berasaskan kriteria-kriteria berikut :

    a). Guru-Guru terlatih yang mengajar mata pelajaran PJK sekurang-kurangnya 4 waktu seminggu.

    b). Guru-Guru terlatih yang mengajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah akademik biasa yang mendapat bantuan penuh kerajaan.

  • c). Guru-Guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah gred A sekurang-kurangnya 2 tahun di sekolah sekarang.

  •  

     

    Pembolehubah-Pembolehubah
    Pembolehubah-pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah a) jantina ( lelaki dan wanita ), jenis sekolah ( rendah dan menengah ), lokasi sekolah ( bandar dan luar bandar ) b) keadaan-keadaan persekitaran kerja seperti yang diamati oleh guru-guru PJK terhadap item-item dalam soal selidik. Manakala itu, pembolehubah bersandar ialah tahap ‘burnout’ guru-guru PJK berasaskan tindak balas perasaan terhadap item-item dalam inventori ‘burnout’ yang dibina oleh Pines dan Aronson ( 1981 ).

    Soal selidik

    Soal selidik yang mengandungi tiga bahagian telah digubal oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat tentang demografi responden dan kerjaya, keadaan-keadaan di tempat kerja, dan tahap ‘burnout’.

    Bahagian pertama soal selidik menanyakan maklumat tentang jantina, umur, status perkahwinan, pengalaman mengajar, jawatan dan tugas di sekolah serta lokasi dan jenis sekolah.

    Bahagian kedua soal selidik mengandungi 73 item yang menghuraikan mengenai keadaan-keadaan khusus tentang organisasi, kerja, persekitaran dan pentadbiran. Item-item dalam bahagian ini telah diadaptasi dan diterjemahkan daripada versi soal selidik yang digubal oleh Naomi Fejgin, Nevat Ephraty dan David Ben-Sira ( 1995 ).

    Item-item dalam bahagian ini telah diklasifikasikan kepada empat dimensi kerja iaitu, psikologikal, fizikal-struktural, sosial dan birokratik seperti yang digunakan oleh penyelidik-penyelidik asalnya. Setiap item dalam soal selidik ini telah menggunakan skala 5 mata likert daripada tiada langsung kepada sangat banyak. Oleh itu, setiap item akan menghasilkan markat dari 1 hingga 5.

    Bahagian ketiga soal selidik ialah inventori ‘burnout’ yang telah diadaptasi dan diterjemahkan daripada versi Pines dan Aronson ( 1981 ). Inventori ini meliputi 21 item yang menaksirkan keadaan fizikal dan mental seperti kelesuan, kemurungan, perasaan terperangkap, optimistik dan energetik. Contohnya responden ditanya " Berapa kerapkah perasaan anda : Optimistik, Bimbang, Letih, Ketegangan emosi dan lain-lain ?".

    Item-item yang disediakan dalam inventori ini adalah dalam bentuk satu perkataan atau frasa-frasa yang pendek. Responden dikehendaki menandakan kekerapan perasaannya di atas skala likert 1 hingga 5 daripada tidak pernah kepada selalu. Indeks bagi ‘burnout’ adalah purata markat daripada 21 item selepas menentukan item-item positif dan negatif.

    Soal selidik mengukur tentang persekitaran kerja oleh Fejgin et al (1995) dan inventori ‘burnout’ oleh Pines dan Aronson (1981) telah diuji oleh penyelidik-penyelidik asalnya dari segi kesahan dan kebolehpercayaan, dan didapati menghasilkan keputusan yang tinggi iaitu di antara 0.8 dan 0.93 ( Fejgin et al,1995 ).

    Prosedur

    Setelah kajian rintis dijalankan dengan 20 orang guru-guru PJK yang sedang mengikuti Kursus Diploma Perguruan Khas sesi 1997/98, beberapa pengubahsuaian telah dibuat terhadap kandungan dalam soal selidik. Kesesuaian dan ketepatan item-item yang diterjemahkan dan arahan-arahan yang disediakan dalam soal selidik dapat dipastikan dalam kajian rintis ini. Beberapa pindaan kecil dan pengubahsuaian telah dibuat terhadap item-item dan istilah-istilah yang didapati kabur. Soal selidik telah disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menyenangkan pemahaman. Sebarang analisis statistik tidak dilakukan terhadap data kajian rintis ini.

    Proses memungut data telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik sendiri dan dibantu oleh beberapa orang pensyarah serta guru-guru pelatih kursus Diploma Perguruan Malaysia ambilan Julai 1996 yang sedang mengikuti sesi praktikum II di sekolah-sekolah yang terpilih untuk tujuan kajian ini.

    Guru-Guru PJK yang dipilih dalam kajian ini telah diminta memberi kerjasama untuk menjawab soal selidik yang diedarkan. Tiada had masa yang dikenakan untuk menjawab soal selidik. Sebahagian daripada soal selidik telah dipungut seminggu selepas diedarkan dan sebahagian lagi dipungut setelah guru-guru pelatih selesai menjalani praktikum masing-masing.

    Analisis data

    Soal selidik-soal selidik yang dipungut telah disemak. Soal selidik yang lengkap diisi mengikut arahan yang ditetapkan telah diproses dan dikodkan. Data yang dikodkan telah dianalisis dengan komputer menggunakan program SPSS-PC.

    Penganalisisan data dalam kajian ini melibatkan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Penyelidik telah menggunakan min dan sisihan piawai untuk mengenal pasti dan menentukan pola tahap ‘burnout’ guru-guru PJK mengikut jantina, jenis dan lokasi sekolah. Keputusan kajian juga telah dibentangkan dalam bentuk jadual yang sesuai.

    Ujian-t telah digunakan untuk membandingkan markat min tahap ‘burnout’ guru-guru PJK mengikut jantina (lelaki dan wanita ), jenis sekolah ( rendah dan menengah ) dan lokasi sekolah ( bandar dan luar bandar ).

    Selain itu, kaedah statistik Korelasi Hasil-Darab Momen Pearson ( r ) telah digunakan untuk menentukan kekuatan hubungan di antara dimensi-dimensi iklim kerja dengan tahap ‘burnout’ guru-guru PJK. Untuk meneliti darjah perhubungan di antara kedua-dua pembolehubah itu, klasifikasi yang dicadangkan oleh Johnson dan Nelson (1986) telah dirujuk. Di samping itu, untuk meramal perhubungan dimensi-dimensi iklim kerja ke atas tahap ‘burnout’ guru-guru PJK, kaedah analisis regresi berganda ‘stepwise’ telah digunakan.

    Hipotesis-hipotesis kajian ini telah diuji tahap signifikannya pada aras keyakinan k < .05.
     


    KEPUTUSAN KAJIAN

    Daripada 100 set soal selidik yang diedarkan, terdapat 82 set yang diisi dengan lengkap telah diproses. Responden merupakan guru-guru PJK yang mengajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah sama ada di kawasan bandar ataupun luar bandar.

    Latar belakang responden dan sekolah

    Profil responden dan latar belakang sekolah telah dibentangkan dalam jadual 1 hingga 8.
  • Jadual 1. Taburan Responden Mengikut Jantina
  •  
  •  

    N

    %

    Lelaki

    48

    58.5

    Wanita

    34

    41.5

    Jadual 2. Taburan Responden Mengikut Umur



     

     

    N

    %

    25 - 29 Tahun


    10

    12.2

    30 - 34 Tahun


    33

    40.2

    35 - 39 Tahun


    16

    19.5

    40 - 44 Tahun


    14

    17.1

    45 - 49 Tahun


    8

    9.8

    > 50 Tahun


    1

    1.2

    Jadual 3. Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan

     

    N

    %

    Bujang


    8

    9.8

    Berkahwin


    72

    87.8

    Janda/Duda


    2

    2.4

     
     Daripada soal selidik 82 orang responden yang diperolehi didapati 48 orang ( 58.2% ) adalah lelaki dan 34 orang ( 41.5% ) Wanita ( Jadual 1 ). Sebahagian besar responden berumur dalam lingkungan di bawah 40 tahun ( 70% ) dan hanya seorang responden sahaja yang berumur lebih daripada 50 tahun ( Jadual 2 ). Di samping itu, daripada 82 orang responden sebanyak 72 orang ( 87.8% ) telah berkahwin, 8 orang ( 9.8% ) masih bujang dan 2 orang ( 2.4 % ) janda atau duda.

    ( Jadual 3 ).

  • Jadual 4. Taburan Responden Mengikut Pengalaman Sebagai Guru Terlatih
  •  

    N

    %

    1 - 3 Tahun


    11

    13.4

    4 - 6 Tahun


    13

    15.9

    7 - 9 Tahun


    14

    17.1

    10 - 12 Tahun


    12

    14.6

    13 - 15 Tahun


    6

    7.3

    > 15 Tahun


    26

    31.7

    Jadual 5. Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar PJK

     

    N

    %

    1 - 3 Tahun


    24

    29.3

    4 - 6 Tahun


    17

    20.7

    7 - 9 Tahun


    10

    12.2

    10 - 12 Tahun


    13

    15.9

    13 - 15 Tahun


    3

    3.7

    > 15 Tahun


    15

    18.3

     
     
     
    Jika ditinjau mengenai pengalaman mereka, didapati 26 orang ( 31.7% ) mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun sebagai guru terlatih, 11 orang ( 13.4% ) di bawah 3 tahun dan 18 orang ( 21.9% ) berpengalaman mengajar di antara 10 hingga 15 tahun ( Jadual 4 ). Dari segi pengalaman mengajar mata pelajaran PJK pula, didapati 41 orang ( 50% ) responden mempunyai pengalaman kurang daripada 6 tahun mengajar subjek PJK, manakala yang berpengalaman mengajar subjek PJK lebih daripada 15 tahun adalah seramai 15 orang ( 18.3% ) ( Jadual 5 ).


    Jadual 6. Taburan Responden Mengikut Jawatan Yang Dipegang

     

    N

    %

    Setiausaha Sukan


    31

    37.8

    Pen. Setiausaha Sukan


    7

    8.5

    Ketua Panitia PJK


    11

    13.4

    Setiausaha Panitia PJK


    7

    8.5

    Jurulatih Sukan


    4

    4.9

    AJK Kokurikulum


    11

    13.4

    Lain-Lain


    11

    13.4
    Dalam jadual 6 menunjukkan taburan responden mengikut jawatan yang dipegang di sekolah. Daripada 82 orang responden terdapat 31 orang ( 37.8% ) memegang jawatan sebagai setiausaha sukan, ketua panitia PJK seramai 11 orang (13.4% ) dan sebagai AJK kokurikulum juga seramai 11 orang ( 13.4% ). Manakala responden-responden yang lain memegang jawatan sebagai penolong setiausaha sukan, setiausaha panitia PJK, jurulatih sukan dan sebagainya.
     
     
    Jadual 7. Taburan Responden Mengikut Jenis Sekolah
     

    N

    %

    Rendah


    48

    58.5

    Menengah


    34

    41.5

    Jadual 8. Taburan Responden Mengikut Lokasi Sekolah


    N

    %

    Bandar


    45

    54.9

    Luar Bandar


    37

    45.1
    Jadual 7 dan 8 dibentangkan tentang taburan responden mengikut jenis dan lokasi sekolah yang dipilih dalam kajian. Dalam jadual 7 menunjukkan sebanyak 48 buah ( 58.5% ) sekolah rendah dan 34 buah ( 41.5% ) adalah sekolah menengah. Dari segi lokasi sekolah dalam jadual 8 pula menunjukkan sebanyak 45 buah ( 54.9% ) adalah sekolah yang terletak di kawasan bandar Kota Setar dan Kubang Pasu dan 37 buah ( 45.1% ) adalah sekolah di kawasan luar bandar.

    ‘Burnout’

    Jadual 9 menunjukkan markat min dan sisihan piawai bagi setiap item dalam inventori ‘burnout’. Markat min ‘burnout’ 2.42 adalah mewakili tahap ‘burnout’ yang rendah yang dapat ditafsirkan sebagai keadaan sekali-sekala (rarely) kepada kadang-kadang (sometime). Item-item yang mewakili perasaan negatif yang menunjukkan markat min yang tertinggi ialah Menghiraukan ( bothered )

    ( M=3.01 ), Keletihan mental ( mental weary ) ( M=2.74 ), Keletihan fizikal ( physically weary )
     
     

    ( M=2.74 ), dan Kelesuan ( fatigued ) ( M=2.68 ). Di samping itu, bagi empat item yang mewakili perasaan positif pula adalah di luar jangkaan kajian ini kerana keputusan menunujukkan markat min yang lebih rendah. Item-item tersebut seperti Hari yang menyenangkan ( had a good day ) ( M=2.52 ), Optimistik ( optimistic ) ( M=2.35 ), Gembira (happy) ( M=2.20 ), dan Cergas (energetic) ( M=2.11) .
     
     

    Jadual 9. Min dan Sisihan Piawai bagi Item-Item ‘Burnout’



     


    Item

    Min

    Sisihan Piawai

    1. Menghiraukan

    ( Bothered )


    3.01

    1.01

    2. Keletihan Mental

    ( Mentally weary )


    2.74

    0.94

    3. Keletihan Fizikal

    ( Physically weary )


    2.74

    0.93

    4. Kelesuan

    ( Fatigued )


    2.68

    0.89

    5. Tertekan

    ( Depressed )


    2.62

    1.10

    6. Membimbangkan

    ( Worried )


    2.57

    1.02 

    7. Hari yang menyenangkan

    ( Had a good day )


    2.52

    1.01

    8. Keletihan kerana kurang tidur

    (Tired after sleepless night )


    2.51

    1.09

    9. Cukup setakat ini

    ( I’ve had enough )


    2.51

    1.07

    10. Kecewa

    ( Frustrated )


    2.49

    1.09

    11. Optimistik

    ( Optimistic )


    2.35

    0.96

    12. Ketegangan Emosi

    ( Emotionally drained )


    2.30

    1.07

    13. Tidak dihargai

    ( Worthless )


    2.29

    1.24

    14. Tidak bermaya

    ( Worn down )


    2.23

    0.95

    15. Lemah dan sakit

    ( Weak and sickly )


    2.23

    0.96

    16. Tidak gembira

    ( Unhappy )


    2.22

    0.99

    17. Tiada harapan

    ( Hopeless )


    2.21

    1.20

    18. Gembira

    ( Happy )


    2.20

    1.14

    19. Terperangkap

    ( Entrapped )


    2.16

    1.01

    20. Keadaan terasing

    ( Reserved )


    2.16

    1.14

    21. Cergas

    ( Energetic )


    2.11

    0.90

    Indeks ‘burnout’

    ( Burnout Index )


    2.423

    0.677

    (N=82)

       

     
    Jadual 10 menunjukkan perbandingan tahap ‘burnout’ guru-guru PJK mengikut jantina. Keputusan kajian telah membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap ‘burnout’ guru-guru PJK lelaki dan wanita ( t = - 0.52, k > 0.05 ).


    Jadual 10. Ujian - t, Min dan Sisihan Piawai Guru-Guru PJK Mengikut Jantina



     

     

    Min

    Sisihan Piawai

    Ujian – t 

    Lelaki ( 48 )


    2.3899

    0.6180

    - 0.52 

    Wanita ( 34 )


    2.4692

    0.7597

     

     

    * k< 0.05

     

    Jadual 11. Ujian - t, Min dan Sisihan Piawai Guru-Guru PJK Mengikut Jenis Sekolah



     

     

    Min

    Sisihan Piawai

    Ujian - t 

    Sekolah Rendah ( 45 )


    2.2966

    0.5996

    -2.044*

    Sekolah Menengah ( 37 )


    2.6008

    0.7463 

     

     


     
    * k < 0.05


    Jadual 12. Ujian - t, Min dan Sisihan Piawai Guru-Guru PJK

  • Mengikut Lokasi Sekolah
  •  
  •  

    Min

    Sisihan Piawai

    Ujian - t 

    Bandar ( 45 ) 


    2.4889

    0.7055

    0.975 

    Luar Bandar ( 34 )


    2.3423

    0.6408

     

     


     
    * k < 0.05
    Keputusan dalam jadual 11 pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap ‘burnout’ di antara guru-guru PJK sekolah rendah dan menengah ( t = - 2.044,k < 0.05 ). Markat min tahap ‘burnout’ guru-guru PJK di sekolah menengah ( M = 2.6008 ) didapati lebih tinggi daripada guru-guru PJK di sekolah rendah ( M = 2.2966 ).
    Sementara itu, jadual 12 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap ‘burnout’ di antara guru-guru PJK yang mengajar di sekolah-sekolah bandar dan yang mengajar di sekolah-sekolah luar bandar ( t = 0.975, k > 0.05 ).
     
     

    Oleh itu, berdasarkan keputusan kajian di atas, hipotesis nol yang mengandaikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap ‘burnout’ guru-guru PJK mengikut jantina ( lelaki dan wanita ), dan lokasi sekolah ( bandar dan luar bandar ) adalah diterima. Walau bagaimanapun, sebaliknya keputusan kajian ini menolak hipotesis yang mengandaikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap ‘burnout’ di antara guru-guru PJK sekolah rendah dan menengah.

    Jadual 13. Min, Sisihan Piawai, dan Korelasi Dimensi-Dimensi Iklim Kerja
  • Dengan Burnout
  • Dimensi


    N

    Min

    Sisihan Piawai

    Korelasi Dengan Burnout 

    Psikologikal


    82

    2.8350

    0.3309

    0.344**

    Sosial


    82

    2.9953

    0.4681

    0.544**

    Birokratik


    82

    2.6425

    0.4884

    0.654**

    Struktural


    82

    3.1367

    0.3668

    0.358**
    *k < 0.05

    **k < 0.01

  • Keputusan dalam jadual 13 menunjukkan keadaan iklim kerja di kalangan guru PJK pada keseluruhannya berada di antara paras rendah dan sederhana. Dimensi struktural mencatatkan markat min yang paling tinggi iaitu 3.137 daripada markat maksimum 5, diikuti dengan dimensi sosial ( M = 2.995 ), dimensi psikologikal ( M = 2.835 ) dan dimensi birokratik ( M = 2.643 ).

  •  

     
     

    Selain itu, untuk tujuan menguji hipotesis yang mengandaikan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara setiap dimensi iklim kerja dengan ‘burnout’ guru-guru PJK, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara markat min tiap-tiap dimensi iklim kerja iaitu, psikologikal ( r = 0.344, k < 0.01 ), sosial ( r = 0.544, k < 0.01 ), birokratik ( r = 0.654, k < 0.01 ) dan struktural ( r = 0.356, k < 0.01 ) dengan markat min ‘burnout’ guru-guru PJK. Oleh itu, berdasarkan dapatan-dapatan di atas hipotesis nol dalam kajian ini telah ditolak.
     
     

    Diteliti dari segi darjah kekuatan hubungan di antara dimensi-dimensi iklim kerja dan ‘burnout’ dengan berpandukan klasifikasi Johnson dan Nelson ( 1986 ), hasil kajian menunjukkan hubungan di antara dimensi birokratik dengan ‘burnout’ guru-guru PJK adalah pada tahap yang agak kuat dan teguh ( substantial ) ( r = 0.654 ). Manakala hubungan di antara dimensi sosial dengan ‘burnout’ guru-guru PJK didapati pada tahap sederhana ( r = 0.544 ), dan hubungan di antara dimensi psikologikal dan struktural dengan ‘burnout’ di kalangan guru PJK pula, keputusan menunjukkan hubungannya adalah pada tahap sederhana rendah ( r = 0.344 dan r = 0.358 ).
     
     

  • Jadual 14. Pekali Regresi Berganda ‘Stepwise’ Pembolehubah Dimensi-Dimensi

  • Iklim Kerja Ke Atas Markat Burnout


    Iklim Kerja


    R

    R

    Pekali Beta

    Birokratik


    0.654

    0.428

    0.511

    59.800***

    Sosial


    0.682

    0.466

    0.241

    34.416***

    Struktural


    -

    -

    T.S

    T.S

    Psikologikal


    -

    -

    T.S

    T.S
    ( N = 82 )

    *k < 0.05

    ** k < 0.01

    *** k < 0.001

    T.S – Tidak Signifikan

    Keputusan dalam jadual 14 menunjukkan bahawa terdapat dua dimensi iklim kerja iaitu, birokratik dan sosial yang paling banyak memberi sumbangan terhadap ‘burnout’ guru-guru PJK. Berdasarkan nilai beta membuktikan bahawa dimensi birokratik merupakan pembolehubah peramal yang paling ‘berpengaruh’( B = 0.511 ). Pekali penentuan regresi (R ) bagi pembolehubah itu ialah 0.428. Ini bermakna pembolehubah tersebut dapat menjelaskan sebanyak 42.8% daripada keseluruhan varians dalam ‘burnout’ di kalangan guru PJK. Keputusan juga menunjukkan yang kedua–dua dimensi sosial dan birokratik telah dapat menerangkan sebanyak 46.6% daripada keseluruhan varians dalam ‘burnout’ guru-guru PJK. Kedua-dua dimensi kerja tersebut didapati telah menyumbang secara signifikan pada aras k < 0.05 ke atas ‘burnout’ guru-guru PJK.
     


    PERBINCANGAN



    Tahap ‘burnout’

    Markat min tahap ‘burnout’ guru-guru PJK yang didapati dalam kajian ini ( M = 2.42 ) menggambarkan darjah ‘burnout’ yang rendah. Ini bermakna guru-guru PJK jarang-jarang mengalami masalah ‘burnout’. Penemuan dalam kajian ini didapati selari dengan hasil kajian-kajian yang pernah dijalankan oleh Fejgin et al ( 1995 ) terhadap guru-guru PJ di Israel; Quigley et al ( 1989 ) terhadap guru-guru PJ di Kanada; dan Sisley et al ( 1987 ) terhadap guru-guru PJ di Amerika Syarikat walaupun ketiga-tiga kajian itu telah menggunakan alat pengukuran ‘burnout’ yang berbeza.

    Daripada kajian Fejgin et al ( 1995 ) guru-guru PJ didapati lebih optimistik, energetik, gembira dan mengalami hari-hari yang menyenangkan berbanding dengan guru-guru PJK dalam kajian ini. Guru-Guru PJK dalam kajian ini didapati kurang energetik, kurang gembira, kurang optimistik dan jarang-jarang mengalami hari-hari yang menyenangkan. Malahan yang agak mengejutkan ialah guru-guru PJK merasakan diri mereka kurang cergas ( energetic ). Guru-Guru PJK jarang-jarang mengalami perasaan dirinya dalam keadaan cergas dan bertenaga. Mereka mungkin dibebani dengan pelbagai tanggungjawab dan peranan untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti di sekolah di samping tugas-tugas tambahan lain yang harus dikendalikan mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan selain daripada tugas-tugas pengajaran. Ekoran daripada itu mereka perlu menggunakan daya fizikal dan mental yang banyak untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Oleh itu, situasi-situasi yang sedemikian harus dibendung supaya guru-guru PJK akan merasakan dirinya lebih aktif dan dinamik.
     
     

    Walau bagaimanapun, penemuan kajian ini menampakkan keselarian dengan kajian Fejgin et al ( 1995 ) dari segi perasaan negatif guru-guru PJK. Hasil dapatan menggambarkan guru-guru PJK merasakan keadaan tidak menghiraukan ( bothered ), keletihan mental, fizikal dan kelesuan pada tahap yang sederhana. Mereka juga merasakan diri mereka tertekan ( depressed ) dan bimbang. Pelbagai faktor persekitaran kerja mungkin boleh dikaitkan dengan fenomena di atas. Daripada masalah-masalah konfliks dalaman seperti kelayakan, pengalaman, dan keupayaan sehinggalah masalah-masalah birokratik, hubungan sosial dan pengurusan kelas mungkin mempengaruhi perasaan negatif guru-guru PJK. Implikasi kepada kes-kes seumpama ini bukan hanya akan tertumpu kepada guru-guru terbabit semata-mata, malah lebih jauh daripada itu ia akan mendatangkan impaks yang bukan sedikit kepada martabat profesion perguruan itu sendiri. Kesannya mungkin ditakuti akan berpindah kepada murid/pelajar yang sentiasa terdedah kepada situasi yang kurang menyenangkan akibat tindak-tanduk guru yang ‘bermasalah’.
     
     

    Oleh itu, berdasarkan dapatan-dapatan kajian ini jelas membuktikan bahawa guru-guru PJK telah diselubungi dengan perasaan-perasaan negatif yang agak ketara di sekolah. Malahan, tanggapan perasaan positif mereka juga tidak menunjukkan sesuatu keadaan yang dapat membantu meningkatkan motivasi dalam kerjanya. Lantaran itu, pendekatan dan strategi tertentu harus diambil oleh pihak-pihak berkenaan untuk membendung masalah tersebut. Hati guru perlulah ditenteramkan dahulu sebelum guru dapat mengorak langkah ke arah menjayakan cita-cita murni negara.

    Perbandingan tahap ‘burnout’ mengikut jantina, jenis dan lokasi sekolah
     
     

    Tahap ‘burnout’ guru-guru PJK lelaki dan wanita tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kajian ini. Hal ini dapat dihujahkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia tidak mengamalkan ‘diskriminasi’ dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab pendidikan di kalangan guru. Guru-Guru lelaki dan wanita perlu sama-sama memikul tanggungjawab dan amanah terhadap tugasnya masing-masing. Guru-Guru lelaki dan wanita telah diberi tugas dan tanggungjawab yang sama untuk mengajar, membimbing, mengurus, melatih dan menilai di sekolah. Oleh itu, berdasarkan beban tugas yang ‘ ringan sama dijinjing, berat sama dipikul ‘ ini memungkinkan tahap ‘burnout’ guru-guru lelaki dan wanita tidak menunjukkan perbezaan yang ketara.

    Walau bagaimanapun, kajian ini telah menunjukkan perbezaan yang signifikan tahap ‘burnout’ guru-guru PJK sekolah rendah dan menengah. Guru-Guru PJK yang mengajar di sekolah menengah didapati lebih tinggi tahap ‘burnout’ berbanding dengan guru-guru PJK yang mengajar di sekolah rendah. Pebezaan ini dapat dijelaskan bahawa beban tugas yang terpaksa ditanggung oleh guru-guru PJK di sekolah menengah adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan guru-guru PJK di sekolah rendah. Pelbagai peranan, jangkaan dan pengharapan sekolah (pentadbir) terhadap guru-guru PJK di sekolah menengah juga adalah lebih tinggi berbanding dengan guru-guru PJK di sekolah rendah. Pelbagai pengharapan dan ekspektasi terhadap guru-guru PJK ini mungkin antara punca menyebabkan kekaburan peranan dan konflik peranan. Justeru itu, keadaan-keadaan ini yang merupakan antara punca-punca ‘burnout’ guru-guru PJK di sekolah menengah ( Sisley, Capel, & Desertrain, 1987 ).

    Di samping itu, guru-guru PJK di sekolah menengah mungkin terpaksa menanggung risiko dan tanggungjawab yang lebih berat dalam proses pengajaran-pembelajaran. Mereka terpaksa berdepan dengan pelajar-pelajar yang lebih besar dan matang. Oleh itu, mereka akan terdedah dengan pelbagai masalah disiplin yang lebih mencabar semasa mengendalikan pengajarannya. Masalah-masalah disiplin yang berterusan adalah salah satu punca mengakibatkan tekanan ( stress ) di kalangan guru PJK di sekolah menengah dan guru-guru berkenaan diakhiri dengan ‘burnout’

    ( Mancini, Wuest, Valentine & Clark, 1984 ).

    Selain itu, guru-guru PJK di sekolah menengah juga sentiasa berada dalam keadaan kebimbangan yang berterusan kerana memikirkan tentang keselamatan atau kecederaan yang mungkin berlaku semasa mengendalikan kelas PJK. Proses pengajaran-pemelajaran PJK di sekolah menengah melibatkan aktiviti-aktiviti yang lebih ‘lasak’ dan ‘terbuka’ kepada kecederaan. Oleh itu, guru-guru PJK di sekolah terpaksa sentiasa berada dalam keadaan yang lebih ‘bersedia’untuk menanggung risiko dalam mengendalikan proses pengajajaran. Mereka bukan sahaja perlu menggunakan tenaga fizikal yang banyak, tetapi juga mental yang sentiasa didorong oleh suasana kebimbangan. Justeru segala fenomena yang dialami oleh guru-guru PJK ini akan mencetuskan perasaan kekurangan dan ‘burnout’.

    Dalam pada itu, kajian ini membuktikan tahap ‘burnout’ guru-guru PJK sekolah bandar dan luar bandar tidak memperlihatkan perbezaan yang signifikan. Keadaan sedemikian dapat dijelaskan bahawa semua sekolah di Malaysia sama ada di bandar mahupun di luar bandar diwajibkan mengikuti kurikulum yang sama. Oleh itu, Guru-Guru PJK yang mengajar di bandar atau luar bandar seharusnya melaksanakan proses pengajaran-pemelajaran dengan menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Mereka mengendalikan pengajaran berdasarkan tajuk-tajuk dan garis panduan yang terkandung dalam sukatan tersebut. Selain itu, tiada perbezaan tahap ‘burnout’guru-guru PJK di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar juga dapat dikaitkan dengan latihan perguruan asas yang mereka terima daripada maktab-maktab perguruan dan universiti-universiti yang menggunakan reka bentuk paradigma latihan perguruan yang sama. Jadi, tidaklah menghairankan bahawa mereka sememangnya mengetahui tanggungjawabnya, dan sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berkhidmat di mana-mana tempat yang diarahkan. Oleh hal yang demikan, beberapa faktor yang dibincangkan di atas di samping faktor-faktor lain mungkin dapat menjelaskan tentang tahap ’burnout’ guru-guru PJK sekolah bandar dan luar bandar yang didapati tidak berbeza secara signifikan dalam kajian ini

    Hubungan iklim kerja dan ‘burnout’

    Iklim kerja dalam konteks kajian ini diukur berasaskan empat dimensi iaitu, psikologikal, birokratik, sosial dan struktural. secara umumnya, hasil kajian telah menunjukkan bahawa suasana iklim kerja di sekolah adalah pada tahap yang sederhana. Daripada pengamatan guru-guru PJK, iklim kerja yang berkaitan dengan psikologikal seperti darjah autonomi, kepelbagaian peranan, beban tugas, penjadualan, dan peluang-peluang untuk meningkatkan pemenuhan kendiri dan perkembangan kendiri serta pencapaian matlamat didapati pada tahap sekadar memuaskan.

    Iklim kerja yang berkaitan dengan struktural seperti kelengkapan kemudahan-kemudahan dan peralatan, saiz kelas, komposisi kelas, paras kebisingan, dan masalah-masalah keselamatan, kajian ini mendapati keadaannya adalah pada tahap memuaskan. Begitu juga iklim kerja yang berkaitan dengan sosial seperti interaksi antara guru-guru, pengetua/guru besar, murid/pelajar, dan ibu bapa; masalah-masalah disiplin; sokongan sosial; dan pengasingan sosial memperlihatkan keadaan yang memuaskan mengikut pengamatan guru-guru PJK. Manakala itu, iklim kerja yang berkaitan dengan birokratik seperti kerenah pentadbiran; konflik terhadap permintaan pengetua/guru besar, pentadbiran, dan ibu bapa; masalah-masalah komunikasi; dan kerja-kerja ‘perkeranian’ diamati oleh guru-guru PJK sebagai di bawah tahap memuaskan.

    Walau bagaimanapun, hasil kajian ini menunjukkan bahawa tiap-tiap dimensi iklim kerja mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap ‘burnout’ guru-guru PJK. Hasil kajian ini membuktikkan iklim kerja yang kurang memuaskan berkecenderungan mengakibatkan peningkatan tahap ‘burnout’ di kalangan guru PJK. Penemuan ini telah menunjukkan sokongan terhadap hasil kajian-kajian lepas oleh Schwab & Ivanicki ( 1982 ), Friedman ( 1991 ), dan Fejgin et al ( 1995 ) dalam beberapa aspek. Dalam kajian-kajian lepas menunjukkan hubungan keadaan iklim kerja dengan ‘burnout’ adalah berbeza-beza antara sekolah-sekolah. Guru-Guru yang menghadapi masalah konflik peranan, kekaburan peranan, kurang kuasa autonomi, pengasingan sosial, dan kurang berpeluang meningkatkan pemenuhan kendiri adalah hasil daripada sistem birokratik yang berbeza-beza di sekolah.

    Dalam pada itu, hasil kajian ini membuktikan bahawa dimensi birokratik adalah pembolehubah peramal yang paling ‘berpengaruh’ ke atas hubungannya dengan ‘burnout’ guru-guru PJK. Ini bermakna segala kerenah pentadbiran, kuasa autonomi, dan penghargaan daripada pelbagai pihak merupakan antara faktor-faktor penyumbang ke arah kewujudan masalah ‘burnout’ guru-guru PJK. Selain itu, aspek-aspek sosial juga didapati mempengaruhi ‘burnout’ guru-guru PJK. Kajian ini menunjukkan bahawa dimensi sosial adalah pembolehubah peramal yang signifikan ke atas hubungan dengan ‘burnout’. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya menggalakkan guru-guru PJK berinteraksi secara yang lebih meluas dengan guru-guru lain, pengetua/guru besar, pelajar dan ibu bapa di samping memberi pelbagai sokongan sosial. Pihak sekolah juga harus mengelakkan pengasingan sosial di kalangan guru serta mengawal masalah-masalah disiplin yang boleh menjejaskan keharmonian sekolah. Dengan tindakan-tindakan itu, berkemungkinan dapat membantu guru-guru khususnya guru-guru PJK daripada mengalami masalah ‘burnout’ yang berterusan.

    Sehubungan itu, dapatan-dapatan kajian ini didapati banyak persamaan dengan hasil kajian Fejgin et al ( 1995 ). Kajian Fejgin et al ( 1995 ) telah menunjukkan bahawa dimensi psikologikal dan sosial dalam iklim kerja telah mempengaruhi tahap ‘burnout’ guru-guru PJ di Israel. Secara yang lebih terperinci hasil kajiannya telah membuktikan bahawa aspek gaji yang rendah, batasan-batasan birokratik dan peranan merupakan faktor yang paling banyak menyumbang ke atas ‘burnout’ guru-guru PJK. Namun, kajian ini tidak mengkaji tentang aspek-aspek dalam dimensi iklim kerja secara yang lebih mendalam, walaupun begitu kajian ini sedikit sebanyak telah dapat menyokong penemuan dalam kajian Fejgin et al ( 1995 ).


    PENUTUP

    Hasil kajian ini mungkin dapat memberi implikasi yang bernilai kepada pihak-pihak tertentu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang pendidikan. Walaupun tahap ‘burnout’ di kalangan guru PJK adalah rendah, namun seandainya fenomena ini dibiarkan berlaku dengan berterusan sudah pasti prestasi kerja guru-guru PJK akan semakin menurun, dan ekoran daripada itu ia akan menjejaskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti dan program di sekolah. Oleh itu, kajian ini mengesyorkan bahawa program-program pendidikan guru seharusnya menyediakan bakal-bakal guru untuk mengatasi kemungkinan konflik-konflik sosial dan konflik yang timbul daripada pelbagai tuntutan sekolah dan pentadbir. Mereka juga seharusnya didedahkan cara-cara mempelbagaikan kerja/tugas dengan menggunakan kaedah-kaedah pengajaran alternatif; menggunakan pelbagai alat bantu mengajar yang mudah dibina, dan mengamalkan pengurusan strategi dan taktik untuk menyelesai masalah secara berkumpulan. Di samping itu, program-program juga seharusnya menggalakkan bakal guru memahami peranan dan tanggungjawab mereka dalam pentadbiran yang tidak semata-mata berkaitan dengan PJK supaya mereka akan lebih berpeluang dan kerap melibatkan diri dengan pelajar-pelajar, ibu bapa, guru-guru serta staf-staf yang lain.

    Pihak sekolah ( pengetua/guru besar, kaunselor, guru-guru kanan selain daripada guru kanan PJK ) seharusnya mewujudkan kumpulan-kumpulan sasaran yang lebih bersifat " interbidang mengikut subjek " dan melibatkan guru-guru PJK dalam aspek-aspek pentadbiran seperti hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan pelajar, kurikulum dan perancangan dasar-dasar sekolah. Adalah juga dirasakan wajar bahawa pihak kerajaan perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengkaji dari segi tingkat gaji yang merupakan sumber yang paling ketara mengakibatkan ‘burnout’ guru-guru secara umumnya ( Fejgin et al 1995 ). Sehubungan itu, guru-guru PJK mungkin boleh dipertimbangkan untuk diklasifikasikan sebagai kelompok ‘kritikal’ yang setaraf dengan guru-guru teknik dan vokesyenal yang lain, dan di samping itu, cadangan pihak kerajaan untuk mempertimbangkan pembayaran elaun kerja lebih masa di luar waktu bertugas rasmi adalah satu usaha yang memberangsangkan kaum guru.
     
     

    Akhir sekali, adalah dicadangkan kajian-kajian selanjutmya seharus menunjukkan tentang strategi-strategi pengurusan yang berkesan untuk guru-guru PJK supaya tindakan-tindakan dapat dilakukan sama ada oleh guru-guru secara individu, pihak sekolah atau pusat-pusat latihan guru dalam usaha mencegah fenomena ‘burnout’. Di samping itu, adalah lebih membantu dalam penyelidikan sekiranya kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam menentukan sikap dan tingkah laku guru-guru yang mempamerkan tahap ‘burnout’ yang sangat rendah. Kajian-kajian yang sedemikian akan dapat mengumpul lebih banyak maklumat tentang ‘attribut-attribut’ yang membina supaya dapat membantu guru-guru PJK meningkatkan perasaan yang lebih optimistik, energetik dan ‘gembira’.


    RUJUKAN

    Abdul Shukor Abdullah ( Dato Dr ). Penilaian Semula Situasi Pengurusan Sekolah. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Nasional Ke-4 Pengurusan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki pada 14 - 16 Nov 1996.

    Amla Mohd Salleh. ( 1994, 1 Okt ). Beban Kerja Halang Kemampuan Guru. Berita Harian. Kuala Lumpur : New Straits Times. hal.19.

    Austin, D.A. (1981). ‘Teachers Burnout Issue’ . Journal of Physical Education Recreation and Dance, 52(9), 35-36.

    de Vries, L.A . ‘Pendidikan Jasmani dan Kesihatan - Satu Dilema’. Paper presented at Physical Education and Sport Sciences Seminar Towards the year 2020 at UPM, on 28 - 29 Sept. 1990.

    Campbell,J.P., Dunnette,M.D., Lawler,E.E., & Weick, K.E. ( 1970 ). Managerial Behavior, Performance, and Effectiveness. New York : McGraw-Hill.

    Depaepe, J., French, R., & Laray, B. (1985). Burnout Symptoms experienced among special physical educators : A descriptive longitudinal study. Adapted Physical Activity Quarterly, 2, 189-196.

    Farber, B.A. (1983). Stress and Burnout in the Human Services Profession. New York : Pergamon Press.

    Fejgin, N, Ephraty,N, k Ben-sira, D. (1995). Work Environment and Burnout of Physical Education Teachers. Journal of Teaching Physial Education . 15. 64-78.

    Freedman, 1. (1991). ‘High and Low Burnout Schools: School Culture Aspects of Teacher Burnout’. The Journal of Educational Research, 84, 325-333.

    Freudenberger, H. (1980). Staff burnout . Journal of Social Issues, 34 (4), 111 – 123

    Freudenberger, H.J., & Richelson, G. (1980), Burnout the High cost & High achievement. New York : Anchor Press.

    Friedman, I.A. ( May - June, 1995 ). Student Behaviour Patterns Contributing to Teacher Burnout. The Journal of Educational Research. 88(5), 281-288.

    Gay, L.R. ( 1996 ). Educational Research : Competencies for Analysis and Application ( 5th.ed ). New Jersey : Prentice Hall, Inc.

    Girdano, A.A, Everly, G.S, & Dusek, D.E, (1993) Controlling Stress & Tension - A Holistic Approah. New Jersey : Englewood Cliffs

    Gold, Y., & Roth, R.A. ( 1993 ). Teachers Managing Stress and Preventing Burnout : The Professional Health Solution. Washington, D.C : The Falmer Press.

    Horton , L. (1984). ‘What do we know about teachers burnout? Journal of Physical Education, Recreation and Dance. 55 ( 3 ), 69 –71.

    Ibrahim Ahmad Bajunid. ( 1995 ). Peningkatan Pelbagai Jenis Literasi Khususnya Literasi Saintifik Dan Teknikal : Ke Arah Pemantapan Martabat Kepimpinan yang Unggul. Jurnal Pengurusan Pendidikan. 4 ( 2 ). 1 – 19.

    Isaac, S., & Micheal, W.B. (1984). Handbook In Research and Evaluation ( 4th.ed ). San Diego, Califonia : EdiTs Publishers.

    Johnson, B.C., & Nelson, J.K. (1986). Practical Measurement For Evaluation in Physical Education ( 4th.ed ). USA: Burgess Publishing.

    Mancini,V.A.,Wuest,D.A.,Valentine,K.W., & Clark,E.K. ( 1984 ). The use of instruction and supervision in interaction analysis on burned out teachers : Its effects on teaching behaviors, levels of burnout and academic learning time. Journal of Teaching in Physical Education. 3 ( 2 ), 29 – 46.

    Maslach, C., & Jackson, S. (1986). Maslach Burnout Inventory Manual. Palo Alto, CA : Consulting Psychological Press, Inc.

    Pastore, D.C., & Judd, M.R. ( May-June,1992 ). Burnout in Coaches of Women’s Team Sports. JOPERD. 74 - 79.

    Pines, A. (1982). Changing organizations : Is work environment without burnout an impossible goal ? In W. Paine (ed), Job stress and burnout (PP . 274 - 281). Beverly Hills, CA : Sage.

    Pines, A., & Aronson, E. ( 1981 ). Burnout : From tedium to personal growth. New York : Free Press Schwab, R.L Ivanicki , E.F (1982). Perceived role conflict, role ambiguity and teacher burnout. Educational Administrative Quarterly 18, 60 - 74.

    Sisley, B.L., Capel, S.A, & Desertrain G.S. (1987). ‘Preventing & Burnout in teacher coaches. Journal of Physical Education, Recreation and Dance, 58 (2), 71 - 75.

    Smith, J.C. ( !993 ). Understading Stress and Coping, New York: MacMillan Publishing Company.

    Tuan Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad. "Towards High Quality Education Management in Physical Education" Paper Presented at Fourth National Seminar on Educational Management at IAB, Sri Layang, Genting Highland, Pahang on 14 - 16 Nov. 1994.

    Yukl, G.A., & Wexley, K.N.C. (1984 ). Organization Behavior and Personnel Psychology. Illinois: IRWIN.

    Yusoff Ismail .( Mei, 1987 ). Peranan Pendidikan Jasmani dalam KBSM. Jurnal Pendidikan. 12, 51 - 60.


    IPDA Research