PENILAIAN PELAKSANAAN KURIKULUM KDP 14 MINGGU LATIHAN GURU SEKOLAH BESTARI

Lee Lai Guan
Abd. Shukur b. Ahmad Shaghir
Jusni b. Nasirun
Ku Bahaudin b. Ku Hashim
Zuber b. Hj. Hassan
Institut Perguruan Darulaman, Bandar Darulaman.

Abstrak

Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan kurikulum KDP 14 minggu Latihan Guru Sekolah Bestari daripada aspek (I) isi kandungan kursus (ii) strategi pengajaran pembelajaran fasilitator (iii) bimbingan dan penilaian fasilitator/mentor (iv) reka bentuk kursus (v) prasarana kursus (vi) pelaksanaan praktikum dan (vii) masalah yang dihadapi peserta. Sejumlah 19 orang peserta yang mengikuti kursus latihan guru Sekolah Bestari di Institut Perguruan Darulaman dari 29.6.1998 hingga 23.10.1998 diambil sebagai responden. Soal selidik yang dibina oleh pengkaji ditadbirkan ke atas semua responden kajian pada penghujung kursus. Bagi mengesahkan maklumat yang dikumpul menerusi soal selidik, sesi temu bual dengan beberapa orang peserta dan fasilitator serta pemerhatian pengajaran peserta semasa praktikum dijalankan. Dapatan menunjukkan kebanyakan peserta berpuas hati dengan aspek-aspek pelaksanaan kurikulum kursus latihan guru Sekolah Bestari yang dikaji. Namun, sesetengah peserta kurang berpuas hati dengan strategi penyampaian beberapa orang fasilitator tertentu, tempoh kursus, urutan pelaksanaan topik kursus dan alat kelengkapan yang disediakan oleh pihak sekolah semasa praktikum. Masalah utama peserta ialah penguasaan kemahiran teknologi maklumat, kewangan, pembinaan pakej pembelajaran dan amalan kemahiran generik dalam pengajaran semasa praktikum. Akhirnya, beberapa cadangan untuk meningkatkan mutu pelaksanaan kurikulum KDP 14 minggu Latihan Guru Sekolah Bestari dikemukakan.

 
 

Pengenalan
 

Latihan guru memainkan peranan yang penting malah merupakan faktor utama yang akan menentukan kejayaan sekolah Bestari. (Siti Hawa Ahmad, 1997). Sehubungan itu, Bahagian pendidikan Guru (BPG) telah merancang dan melaksanakan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 minggu Latihan Guru Sekolah Bestari menerusi Institut/Maktab Perguruan terpilih bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar di sekolah Bestari. Buat permulaan, guru yang dipilih untuk mengikuti kursus tersebut terdiri daripada guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Mereka diberi latihan intensif dalam pedagogi yang boleh meningkatkan pemikiran dan kreativiti serta penggunaan teknologi maklumat. Mereka juga dilengkapkan dengan kaedah memudahkan dan menggalakkan pelajar menguruskan pembelajaran kendiri.

Kurikulum KDP 14 mingggu Latihan Guru Sekolah Bestari merupakan hasil usahasama pegawai-pegawai BPG, pensyarah-pensyarah Institut/Maktab Perguruan serta pakar-pakar daripada agensi-agensi Kementerian Pendidikan yang lain. Kursus tersebut bertujuan untuk:

(BPG, 1998a: ii) Manakala isi kandungan kursus yang terdiri daripada 10 minggu interaksi maktab dan 4 minggu praktikum sekolah adalah seperti berikut:
    • Konsep Sekolah Bestari
    • Pengurusan Perubahan
    • Kemahiran mentaksir dan Menilai
    • Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
    • Kemahiran Teknologi Maklumat
    • Kemahiran Belajar
    • Spesifikasi Kurikulum Sekolah Bestari
    • Pengurusan Pembelajaran Bestari
    • Pakej Pembelajaran, Simulasi dan Praktikum
(BPG, 1998a:iii) Pelaksanaan Kurikulum KDP 14 minggu Latihan Guru Sekolag Bestari di IPDA
 
Institut Perguruan Darulaman (IPDA) merupakan salah satu institut perguruan yang dipilih untuk melaksanakan KDP 14 minggu Latihan Guru Sekolah Bestari . Umumnya, IPDA akur dengan cadangan pelaksanaan kursus Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang terkandung dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kurikulum KDP 14 minggu Latihan Guru Sekolah Bestari (Bahagian Pendidikan Guru, 1998b). Kursus disampaikan secara ‘developmental’ dengan pengintegrasian pengetahuan dan kemahiran dilakukan secara berperingkat-peringkat. Tumpuan utama KDP tersebut ialah pembinaan pakej pembelajaran dengan penerapan kemahiran-kemahiran generik dan pengurusan pembelajaran bestari. Pakej tersebut disimulasikan sebelum peserta menjalani praktikum di sekolah Seramai sepuluh orang pensyarah dilantik sebagai fasilitator. Empat daripada mereka pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat, tiga daripada Jabatan Bahasa dan tiga daripada Jabatan Sains dan Matematik. Antara sepuluh orang pensyarah tersebut dua daripada mereka adalah jurulatih pusat yang pernah mengikuti kursus di Kanada. Semua fasilitator telah menjalani kursus latihan fasilitator di bawah kelolaan BPG dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan.
 
 

Fasilitator bertanggung jawab menyampaikan topik-topik yang ditugaskan dengan membimbing, menunjuk cara serta membuat pengurusan perubahan diri pada individu, mentaksir dan menilai dan membentuk pasukan guru-guru sekolah Bestari. Bagi sesi interaksi pengajaran pembelajaran, sesetengah topik disampaikan secara pengajaran berpasangan iaitu dua orang fasilitator bekerjasama menyampaikan satu topik. Contohnya, "Kemahiran Teknologi Maklumat", "Kemahiran Penilaian dan Taksiran" dan "Pengurusan Pembelajaran Bestari". Manakala topik-topik yang lain seperti "Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis", "Pengurusan Perubahan" disampaikan oleh hanya seorang fasilitator sahaja. Disebabkan KDP 14 minggu Latihan Guru Sekolah Bestari julung kali dilaksanakan di Malaysia semua fasilitator tidak ada pengalaman dalam pengendalian kursus tersebut. Walau bagaimanapun, beberapa orang fasilitator pernah mengajar KDP dan KDPK sebelum ini. Ini bererti fasilitator mempunyai beban tugas yang berat untuk membiasakan diri dengan isi kandungan kursus serta membestarikan strategi pelaksanaan kursus supaya boleh dicontohi oleh peserta .
 
 

Strategi pengajaran pembelajaran fasilitator dalam kursus ini menekankan pembelajaran kendiri yang bersifat kadar kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri. Dalam penyampaian, fasilitator menggunakan pelbagai strategi antaranya syarahan, tunjuk cara, pembelajaran koperatif, perbincangan, sumbang saran, projek, pembelajaran berbantukan teknologi dan lain-lain. Strategi yang dipilih oleh fasilitator bergantung kepada jenis pengetahuan atau kemahiran yang ingin disampaikan. Topik yang melibatkan pembelajaran isi kandungan biasanya disampaikan secara syarahan, perbincangan kumpulan, pembentangan kumpulan dan laina-lain. Topik yang menekankan pembelajaran kemahiran contohnya kemahiran penggunaan komputer biasanya disampaikan secara tunjuk cara, sesi praktik, penerangan atau pembelajaran modul.
 
 

Dari segi prasarana kursus, IPDA telah menyediakan satu bilik simulasi. Alat kelengkapan dalam bilik tersebut ialah:
 

Tujuan Kajian
 
 
Kajian ini merupakan satu penilaian pelaksanaan kurikulum KDP 14 minggu Latihan Guru Sekolah Bestari dengan mengumpul data persepsi peserta yang mengikuti kursus di IPDA. Ia bertujuan untuk membekalkan maklumat kepada pelaksana dan penggubal kurikulum sebagai langkah ke arah peningkatan mutu kurikulum tersebut. Kajian ini juga membolehkan pengalaman IPDA dalam melaksanakan KDP tersebut didokumen dan dimanfaatkan oleh Institut/Maktab Perguruan yang lain serta peserta kursus yang akan menjadi kakitangan sumber dalam mengendalikan kursus Sekolah Bestari di daerah dan sekolah masing-masing. Penilaian kurikulum ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek berikut:-


Soalan Kajian
 

ajian ini cuba menerokai soalan-soalan berikut:


Definisi Operasional
 
 

Kemudahan yang disediakan oleh pihak IPDA untuk peserta menjalani kursus tersebut. Contohnya makmal komputer, bilik simulasi, Pusat Sumber, modul pembelajaran dan lain-lain.    
METODOLOGI KAJIAN




Reka Bentuk kajian
 
 

Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian utama untuk mengumpul data persepsi peserta terhadap pelaksanaan kurikulum KDP 14 minggu Latihan Guru Sekolah Bestari. Selain dari itu, temu bual separa struktur dan pemerhatian pengajaran bilik darjah peserta semasa praktikum juga dijalankan.
Subjek Kajian
 
Subjek kajian terdiri daripada 19 guru ( lelaki, 7 ; perempuan, 12 ) yang mengikuti KDP 14 minggu Latihan Guru Sekolah Bestari di Institut Perguruan Darulaman mulai 29 Jun hingga 21 Oktober 1998. Mereka terdiri daripada guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains yang mengajar di sekolah rendah dan menengah di negeri Kedah dan Perlis. 73.7% (n=14) daripada mereka telah berkahwin dan 26.3 % (n=5) masih bujang. Manakala 57.9% (n=11) adalah dalam lingkungan umur 36-45 tahun, 42.1% (n=8) pula dalam lingkungan umur 25-35 tahun. Daripada pengalaman mengajar pula, sebanyak 26.3% (n=5) pernah mengajar 3-5 tahun, peratus yang sama mengajar 6-10 tahun dan 47.4% (n=9) mengajar lebih daripada 10 tahun. Berkaitan dengan kelayakan akademik tertinggi, terdapat empat kategori, iaitu 52.6% (n=10) memiliki ijazah, seorang pemegang diploma, 10.5% (n=2) berkelulusan STPM/HSC dan 31.6% (n=6) berkelulusan SPM/MCE. Akhirnya, hanya 21% (n=4) yang menyatakan mereka pernah mengikuti kursus dalam bidang teknologi maklumat.


Alat Kajian
 
 

Untuk memelihara kebolehpercayaan dan kesahan maklumat terkumpul, pelbagai alat kajian digunakan, iaitu:


Soal Selidik
 

Soal selidik dijadikan alat kajian utama dalam kajian ini. Ia terdiri daripada enam bahagian. Bahagian A mengandungi 23 item berkaitan dengan pengelolaan kursus. Bahagian B ialah item-item berkaitan dengan isi kandungan kursus. Terdapat 9 item dalam bahagian ini. Bahagian C pula mengandungi 7 item berkaitan dengan pelaksanaan praktikum. Bahagian A, B dan C berbentuk skala Likert 5 poin. Bahagian D pula meliputi masalah-masalah yang dihadapi peserta semasa berkursus. Responden dikehendaki menandakan mana-mana masalah yang dialami. Bahagian E meminta responden mengemukakan cadangan untuk meningkatkan lagi mutu kurikulum KDP 14 minggu Latihan Guru Sekolah Bestari. Akhir sekali, Bahagian F yang mengandungi 9 item bertujuan mengumpul profil responden.

Bahagian ini meliputi item-item berkenaan latar belakang responden seperti gred sekolah, gender, taraf perkahwinan, umur, pengalaman mengajar, kelayakan akademik tertinggi, pengkhususan semasa berkursus di maktab/universiti dan kursus yang dihadiri dalam bidang teknologi maklumat.


Soalan Temu Bual Separa Struktur
 

Dua set soalan temu bual disediakan, Satu untuk peserta kursus dan satu lagi untuk fasilitator. Aspek yang diliputi dalam soalan temu bual adalah hampir sama dengan soal selidik. Untuk temu bual fasilitator pula, soalan-soalan yang bertujuan untuk mendapatkan cadangan-cadangan daripada fasilitator bagi meningkatkan kualiti kurikulum KDP tersebut dikemukakan. Sesi temu bual tersebut dijalankan untuk mengesah serta mendalami maklumat yang terkumpul mealuli soal selidik.
Pemerhatian Pengajaran Semasa Praktikum
 
Pemerhatian dilaksanakan ke atas pengajaran bilik darjah beberapa orang peserta semasa praktikum bagi mengesah serta mendalami data yang terkumpul menerusi soal selidik dan temu bual.


Pengumpulan dan Analisis Data
 

Pentadbiran soal selidik, sesi temu bual dan pemerhatian pengajaran bilik darjah dijalankan pada penghujung kursus ketika peserta menjalani praktikum di sekolah. Data yang dikumpul menerusi soal selidik dianalisis untuk menghasilkan peratus dan kekerapan. Manakala maklumat yang terkumpul menerusi temu bual dan pemerhatian pengajaran dianalisis secara kualitatif.
 


DAPATAN dan PERBINCANGAN

Umumnya, peserta berpuas hati dengan aspek-aspek kurikulum KDP 14 minggu latihan Gurtu Sekolah Bestari yang dikaji, iaitu:
    Keputusan kajian mendapati pelaksanaan kurikulum KDP 14 minggu Latihan Guru Sekolah Bestari di IPDA berjalan lancar. Tegasnya, maklum balas daripada peserta menunjukkan kurikulum yang digubal oleh BPG sesuai untuk melatih guru Sekolah Bestari . Ia juga mendapati sumber tenaga pengajar dan prasarana di IPDA berkemampuan untuk melaksanakan KDP Latihan Guru Sekolah Bestari tersebut. Bagaimanapun, hasil kajian mendapati wujudnya beberapa perkara yang menuntut perhatian pihak penggubal dan pelaksana kurikulum. Perkara-perkara yang dimaksudkan ialah:
    Perkara-perkara tersebut saling berkait. Bagaimanapun, untuk memudahkan perbincangan, ia dihurai secara berasingan seperti berikut:
Tempoh Kursus
 
Tempoh yang diperuntukkan untuk kursus ini adalah selama 14 minggu (10 minggu interaksi maktab dan 4 minggu praktikum sekolah). Ia dianggap singkat oleh hampir semua peserta kerana terlalu banyak input dan tugasan yang perlu dipelajari dan disempurnakan dalam tempoh 10 minggu. Peserta yang kurang mahir teknologi maklumat merupakan mereka yang paling tertekan kerana banyak menghabiskan masa untuk mempelajari kemahiran asas dalam teknologi maklumat. Ini menyebabkan mereka kekurangan masa untuk menyempurnakan tugasan yang ditetapkan oleh fasilitator/mentor.


Urutan Pelaksanaan Topik Kursus
 

Perkara yang menuntut perhatian ialah penyampaian topik "Kemahiran generik" dan " Pengurusan Pembelajaran Bestari" dijalankan secara serentak dengan tugas pembinaan pakej pembelajaran. Urutan pelaksanaan tersebut dianggap membebankan oleh peserta kerana menghadapi masalah mengintegrasikan kemahiran generik dalam pembinaan pakej pembelajaran secara beransur-ansur. Kerap kali, peserta terpaksa mengubah suai pakej pembelajaran mereka setelah mempelajari kemahiran generik yang baru. Selain dari itu, disebabkan pakej pembelajaran perlu disimulasikan pada minggu kesembilan dan kesepuluh, kemahiran generik yang dipelajari dalam minggu ketujuh dan kelapan tidak sempat diserapkan ke dalam pakej kerana peserta kesuntukan masa untuk mengasimilasikan kemahiran tersebut. Ringkasnya, penyampaian topik "Kemahiran Generik" dan "Pengurusan Pembelajaran Bestari" serentak dengan pakej pembelajaran merupakan salah satu punca masalah pembinaan pakej pembelajaran peserta.


Penguasaan Teknologi Maklumat di Kalangan Peserta
 

Hasil kajian menunjukkan 63%(12) peserta mengakui bermasalah dalam kemahiran tersebut. Dapatan ini disokong dengan cadangan kebanyakan peserta yang berfokus pada bidang teknologi maklumat. Punca utama masalah tersebut ialah tahap penguasaan teknologi maklumat yang rendah di kalangan kebanyakan peserta. Ini terbukti dengan maklumat latar belakang peserta yang menunjukkan hanya empat orang sahaja pernah mengikuti kursus literasi komputer. (Jenis dan kekerapan yang dihadiri adalah berbeza.) Dua orang l peserta yang lain pernah menjadi guru kelab komputer sekolah. Tahap penguasaan kemahiran teknologi maklumat yang rendah di kalangan kebanyakan peserta telah membawa beberapa implikasi:
Masalah Pembinaan Pakej Pembelajaran
 
Pembinaan pakej pembelajaran merupakan tumpuan utama kursus ini. Peserta dikehendaki mengintegrasikan kemahiran generik dan pengurusan pembelajaran bestari yang dipelajari dalam pembinaan pakej. Pakej yang dibina disimulasikan sebelum digunakan dalam praktikum. Seramai 42%(8) peserta mengakui bermasalah dalam pembinaan pakej pembelajaran. Masalah tersebut berpunca daripada:
Alat Kelengkapan Sekolah Semasa Praktikum
 
Hampir separuh peserta (47.4%) kurang berpuas hati dengan alat kelengkapan yang disediakan oleh pihak sekolah khasnya komputer. Sebilangan besar sekolah tidak dapat menyediakan bilik simulasi yang lengkap dengan peralatan teknologi maklumat termasuk komputer selaras dengan konsep Sekolah Bestari yang mementingkan penggunaan teknologi maklumat sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada penyelia praktikum menunjukkan peserta menghadapi masalah mendapatkan bahan rujukan mata pelajaran Sains dalam media elektronik yang berbentuk visual contohnya CD, CD Rom dan vedeo. Dalam hal ini, pihak sekolah tidak sepatutnya dipersalahkan kerana peruntukan pembelian peralatan teknologi maklumat yang dijanji tidak diperoleh ekoran kegawatan ekonomi yang melanda negara ini.
 


 

RUMUSAN DAN CADANGAN

Dapatan kajian hanya mampu memberi satu gambaran awal penerimaan peserta terhadap kurikuklum KDP 14 minggu Latihan Sekolah Bestari yang digubal oleh BPG dan dilaksana oleh IPDA. Ia tidak bertujuan untuk digeneralisasikan. Namun, ia telah menampilkan beberapa isu yang penting yang menuntut perhatian pihak-pihak berkepentingan dalam pelaksanaan kurikulum latihan guru Sekolah Bestari. Bagi menangani isu-isu tersebut dan sebagai usaha meningkatkan mutu kurikulum KDP 14 minggu Latihan Guru Sekolah Bestari akan datang, maka dikemukakan cadangan-cadangan berikut:


RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru , Kementerian Pendidikan Malaysia (1998a). Draf Kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Latihan Guru Sekolah Bestari. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998b).

Buku Panduan Pelaksanaan Kurikulum KDP 14 Minggu Latihan Guru Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Davis, Ed. (1980). Teachers As Curriculum Evaluators. Sydney : George Allen & Unwin.

Edward, A.L.(1951). Technique of Attitudes Scale Construction. New York: Appleton Century Crafts.

Gay, L.R.(1981). Education Research : Competency for Analysis & Application. Ohio : Charles Merril Publications.

Kerlinger. F. (1973). Foundation of Behaviour Research. New York: Holt Rinehart & Winston.

Marsh, C. & Wills, G.(1993). Curriculum Alternative Approaches, Ongoing Issue. London: Prentice Hall International.

Siti Hawa Ahmad (1997). Sekolah Bestari Malaysia : Mereka Semula Sistem Pendidikan Negara – http://eprd.kpm.my

Smart School Project Team. (1997). The Malaysian Smart School – An MSC Flagship Application- A Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur : The Government of Malaysia.

Stufflebeam, D.L.; Foley, W.J.; Gephart, W.J.;Guba, E.G.; Hammond, R.I.;

Merriman, H.O. & Provus, M.M.(1971). Educational Evaluation and Decision Making. Peacock, Itasca, Ill. (Phi Delta Kappan National Study Committee on Evaluation).

Worthen, B.R. & Sanders, J.R. (1973). Educational Evaluation: Theory & Practice. Worthington, Ohio: Charles A. Jones.

Zoraini Wati Abas (1999, 6 Jan.) Smart Schools without computers ? New Straits Times (Life & Times, hal. 8)
 

IPDA Research Team 1999