Make your own free website on Tripod.com

Aluan Pengetua

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan kerana berjaya menerbitkan Jurnal Penyelidikan pertama ini.

Dalam konteks Institut/Maktab Perguruan, penyelidikan harus dijadikan wahana yang boleh membawa peningkatan profesionalisme serta kualiti kerja para pensyarah. Sesungguhnya, penyelidikan harus diutamakan dalam pembangunan institusi pendidikan yang sentiasa menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran.

Penerbitan jurnal ini akan memberi peluang kepada pensyarah menyebarkan hasil penyelidikannya. Ini seharusnya dilihat sebagai usaha ke arah pemupukan budaya penyelidikan di kalangan para pensyarah. Adalah harapan saya agar penerbitan jurnal ini akan menjadi penggerak kepada pensyarah untuk melibatkan diri dengan lebih aktif lagi dalam aktiviti penyelidikan. Mudah-mudahan penerbitan Jurnal Penyelidikan ini akan menjadi aktiviti tahunan IPDA.

Sekian, terima kasih.

 

(SENAN BIN IBRAHIM)

Pengetua

Institut Perguruan Darulaman

Jitra, Kedah Darulaman


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Institut Perguruan Darulaman

Jitra, Kedah Darulaman